Thursday, 20 October 2011

CERITA TENTANG.....Menjaga Sensitiviti Orang Lain

Assalamualaikum w.t.b. kepada sekalian rakyat yang mana sudi meluangkan mase terlalu panjang utntuk membaca bibit biti ayat dalam blog ini. Maka, ketahuilah olehmu sesungguhnya aku sedang mengunyah kepingan demi kepingan kerepek kentang berjenama MISTER POTATO yang berperisa BBQ ini tatkala aku sedang mencarik idea yang merapu untuk mengarut dalam blog ini..(hamboi....panjangnye ayat??). ye, sudah agak lame aku tak menaip yep! Bukan xde idea sebenarnye, cume....tangan aku tetibe je rase keberatan nak menaip lagi..terutamenye selepas demi selepas beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak mengajar akan erti kesabaran yang amat tinggi. Untuk jurungkalinya, aku menulis semula selepas sebulan lebih aku x update blog ini. Ye..memang banyak liku dan dugaan terpakse dihadapi untuk menyiapkan suatu kerja...namun...bersabar dan tenang itu mampu mengatasi masalah2 tersebut. Sebab tu Allah berfirman dalam Al-Quran “ selesaikanlah(masalah) dengan bersabar dan menunaikan solat, sesungguhnya Allah itu menyukai orang orang yang sabar”. Namun cerita kali ini aku ingin bawakan tentang MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN. Tak mahu bercakap panjang dalam hal ini, kerana dah terang2 la perkataannye sensitif..kang ckp lebih2 kang aku plak yang teruk kene hentam..hahaha.

Berkenaan isu ini, baru2 ini berlakulah kejadian dimana kelancangan Si B menyebabkan Si A  tersentuh dan tersentak. Serentak dengan itu, Si A tersebut membuat keputusan spontan untuk tidak langsung mengendahkan Si B yang membuat dia. Baginya, perkara tersebut hanyalah tak lebih sebagai mengambil kesempatan dalam kesempitan. Hal yang demikian kerana Si B pernah mengadu masalah kepada Si A semasa dia dalam kesusahan, manun apabila hidupnya sudah senang, Si A meluahkan isi hatinya yang suci murni untuk melamar Si B, namun ia amat menyentapkan hati Si A apabila Si B dengan selamba berkata “eh..kite kawan je kan??”. Peristiwa itu amat tidak diterima sama sekali oleh Si A kerana semasa Si B kesusahan dulu dan tiada tempat bergantung, Si A ni sanggup menceriakan dan menjaga Si B ni macam ISTERI sendiri beb!! Namun Si B ni tergamaknya memperlakukan sikap sebegitu kepada Si A, lebih panas lagi apabila Si A ade terdengar cerite bahawa Si B ni rupenye ade hubungan yang tidak jelas dengan Si C yang entah tak memasal lak nak masuk watak dalam cter ni...hahahaa...so, secara jujurnya Si A ini amat tersentap dan terguris perasaannya setelah apa yang dia lakukan.  Yang paling dia tak sangka tu..lembu punya susu, sapi dapat nama...choi!! tara guna punya olang aa....hahaha

Tu la serbe sedikit cerita yang aku bawakan tu...cerita ini dikaburkan sedikit untuk tidak menyinggung mana2 pihak...kalo aku cterkan sumer...kire same je la aku ngan Si B tu..hahaa...tapi tak...ianya sungguh berbeza. Ok2....tu satu kesah dari perlbagai kisah dan tauladan yang pernah aku dengar...macam dah boleh buat kisah 1001 malam versi MALAYA lak...haha. namun, ape kite perlu ingat...cabaran tetap melanda seseorang kerana itulah ujian Allah kepada hambanya untuk menguji iman dan takwa. Urmm...Kepada Si A tu..banyak2 la bersabar eh, dah bukan rezki ko...alaaa...biase la budak cmtu...ko tunggu je la nanti bile dia dapat masalah balik...mase tu baru dia carik ko pastu siap nak sujud2 ag kat kaki ko..haha...kepada Si B lak, kenapa tidak mempedulikan isi hati orang lain? Eloklah buat macam tu, sebab kene ingat....HIDUP INI BAGAI RODA, SENTIASA BERPUTAR DAN TERUS BERPUTAR. ADAKALANYA KITA BERADA DIBAWAH DAN ADAKALANYA KITA DIATAS. TETAPI APABILA KITA BERADA DIBAWAH AKAN ADA ORANG YANG MEMBANTU KITA KE ATAS, JANGANLAH PULA APABILA KITA DIATAS KITA SEGERA JASA ORANG YANG BIBAWAH. Peringatan tu aku rase da cukup jelas kot..haha..aku tak reti la nak bagi peringatan sangat ni...haha..almaklum je la..aku ni kan kejenye memerhati je...bukan ‘tuan penasihat’ mana2 badan bukan kerajaan pown.

Hah...dalam masa yang sama, aku nk ingatkan kepada seluruh manusia tentang isu semasa yang sedang melanda kita sekarang ini. Kerana ianya pernah melanda negara suatu masa dahulu. Aku tak nak cakap pasal ape, tapi penjelasannya ade kat dalam ucapan Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa krisis perlembagaan 1993: “ ...dalam pengamatan saya, sebuah kerajaan boleh dianggap sebagai sebuah keluarga. Sekiranya ahli keluarganya melakukan sesuatu yang bertentangan maka seharusnya ketua keluarga berhak menegurnya. Dalam kes ini, berdirinya raja adalah kerana rakyat dan sokongan rakyat, dan membangunnya rakyat adalah kerana raja, maka seharusnya kita menghormati kedaulatan raja-raja kita selain memperbaiki kesalahan lampau kita. Janganlah kita dituduh akan derhaka sungguhpun niatnya baik, kerana raja dan rakyat berpisah tiada” (dipetik dan diubahsuai daripada ucapan YAB Tun Ghafar Baba). Jelas kat situ menerangkan hal perihal yang berlaku sekarang, tetapi..awas..jangan pula jadi pengampu di mata mereka. Mungkin bukan semua keputusan baginda tidak dipersetujui semua, tetapi bukan semua yang kita bangkang itu disukai orang lain. Cuma kelantangan sesetengah daripada mereka yang memegang status ‘agak besar’ ni je yang  merasakan tindakan mereka betul menyebabkan kekacauan seluruh sistem sedangkan jika dikecilkan skop..mereka juga bertindak serupa...hahaha...LU CAKAP TAK SERUPA BIKIN LAA!!

Ok geng...aku setop sini dulu laa....sebab masa makin suntuk. Tapi tak bermakna ini kolumnis terakhir aku, dan insya-allah aku sedang mencube membawa beberapa lagi penulis baru untuk mempelbagaikan style kami. Haha...(aku pown tau korang dah bosan membace cerite meraban aku ni kan??) sebab tu aku memerlukan pengembangan ahli kami dalam blog ini. Sekian sahaja..terima kasih!!

*p/s: baru perasan ek..lagu ni tangkap lentok seyh!!hahaha

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments: