Monday, 31 October 2011

CERITA TENTANG.....Disana Benci, Disini.....???


INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROOOJIUNNN.........
Bulan oktober tahun ini sebagai umat islam, kita dikejutkan dengan dua berita kematian yang melibatkan pemimpin pemimpin besar Negara islam. Siapa tak kenal Muammar Al-Qaddafi iaitu yang diketegorikan oleh rakyat Libya sebagai ‘diktator’ yang memimpin Negara ke-5 minyak itu selama lebih 4 dekat? Haaa....sungguh malang nasib menimpa Allahyarham, namun lebih malang lagi bagi rakyat Libya kerana mereka sebenarnya kehilangan seorang lagi ‘Singa padang pasir’ di bumi mereka selain daripada Allahyarham Umar Mukhtar yang syahid ketika menentang kuasa barat (tak silap aku Italy kowt). Hal yang demikian aku berkata begitu atas sebab kau orang boleh bilang laa berape ramai pemimpin Negara Arab yang berani menentang kedudukan Israel di bumi anbia Palestine?brape??!! kalau yang ade pown hampir semua dah arwah dah....Saddam Hussien pown dah arwah, Yasser Arafat juga dah arwah, dan yang tinggal sekarang hanyalah 2 tokoh popular Asia Barat iaitu Recep Tayyep Erdogan iaitu PM Turki dan Mahmoud Ahmadinejad presiden Iran je yang lantang mengkritik dan mengancam Israel....kalau mereka2 ni jugak tombang dek sebab rakyat mereka memberontak...alamat memang benarlah kata kata junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bahawa umat islam ini diibaratkan seperti ‘Buih Buih dilautan’ yang mana akan beralun mengikut ombak dan akan pecah apabila dihempas, sungguhpun banyak tapi tidak berguna kerana mereka lebih cintakan dunia dan takutkan mati. Tak silap aku ini hadis..tapi aku tak ingat sangat...so xbrani nak hurai panjang2.....hahhaa.....setat dah merapu aku nih...hahahaha
* saat Qaddafi nak melemparkan perlembagaan PBB semasa mesyuarat agung
 *kalo korang perasan...muke Qaddafi ni agak macam Datuk M.Daud Kilau gak ek..haha

Selain Allahyarham Muammar Al-Qaddafi, dunia juga dikejutkan dengan kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan bin Abdulaziz Al-Saud. Baginda mangkat di New York pada subuh 22 oktober 2011. Mungkin baginda tidak begitu popular di mata masyarakat dunia kerana baginda belum pernah memerintah, tetapi ingat! Baginda juga merupakan salah seorang pemimpin Negara islam dan salah seorang penjaga 2 rumah suci islam ialitu mekah dan madinah. Tak banyak info tentang baginda, namun kepada kedua2 insan ini janganlah disalahkan selalu......Al-Fatihah kepada mereka...semoga mereka diberikan kesenangan di ‘alam’ sana.


Kawan kawan sekalian, kat sini aku bukan nak cakap ape pown...juz cume nak menghormati atas pemergian dua tokoh yang agak besar kat dunia islam ni je.....tapi bagi aku agak pelik seorang yang bergelar dictator oleh rakyat sendiri tetapi dunia terus memandang Qaddafi dengan penuh penghormatan.......apahak sebabnya? Hahaha....tak payah fikir lah...sebab kat Malaysia ni pun same gak....hahaha...Orang luar lebih memandang jasa pemimpin kita berbanding orang kita sendiri yang hanya tahu menyalak dan tidak mahu berfikir. Hampir semua Negara kat dunia ini begitu. Hah teringat lak aku dalam musim haji ini akan mengingatkan kita tentang kematian seorang lagi dictator Negara arab yang digeruni oleh Israel iaitu Saddam Hussien. Mungkin kalian lupe, tapi aku masih ingat apebile tak silap aku tahun 2005/2006 Saddam Hussien dijatuhkan hukuman Gantung sampai mati betul2 pada pagi AidilAdha yang jatuh hampir serentak dengan tahun baru mase tuh. Memang tak masuk akal kenapa sebuah Negara islam boleh melakukan hukuman bunuh pada pagi hari kebesaran islam......sedangkan tak pernah dilakukan dimana mana Negara islam sebelum ini. Selepas kematian beliau...barulah tersebar berita tentang kesilapan ejen ejen FBI mengenal pasti senjata nuclear di Iraq......(alasan tak leh pakai pas hanco Negara orang tuh dikerjekan USA). Hahaha....baru ternganga mulut rakyat Iraq time tuh........dan aku elakkan berlaku situasi sama di Libya ni selepas pemimpin yang membawa negaranya keluar dari belenggu kemiskinan itu mati ditangan rakyat sendiri. Itulah kata orang melayu BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT, selain itu ia juga boleh diibaratkan MEMBERI BUNGA DIBALAS NAJIS. Ape yang seronok tengok tumbangnya pemimpin Negara sendiri?? Seronok dapat tengok pemimpin yang kita sokong tu naik?? Korang dapat ape? Makin baik ke pentadbirannya? Jawapannye cube tgk kat Iraq sekarang ape dah jadik??? Zaman Saddam memimpin lebih 32 tahun....jarang kite dengar letupan bom kereta walaupun katenye Iraq ni Negara yang mempunyai bom biologi dan senjata kimia.....namun..pas tumbangnya rejim beliau....ape dah jadik??makin teruk der!!!hahaha....nak ke jadik kat negare sendiri macam tu??? AKU SAMA SEKALI TAK BENARKAN!

Jadi dengan itu aku dengan merasa bersalah atas pemergian mereka betul betul mengharap agar janganlah menjadi seperti mereka mereka itu, cukuplah contengan contengan busuk si Barat untuk menumbangkan satu persatu singa singa islam yang kuat ini dan cukuplah jarum demi jarum yang melekat dari seluruh pelusuk dunia ini menyakitkan kita semua. Ini kerana, perpaduan itu harganya tidak ternilai dek intan permata, hatta dijual seluruh dunia sekalipun perpaduan itu lebih mahal lagi harganya. Sedar dan insaflah atas apa yang kita lihat bukan apa yang kita dengar. Sekian, salam Takziah dari aku.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

Unknown said...

part m.daud kilau tu plg xley blaaa.. =_="