Saturday 14 April 2012

TITANIC: KUASA TUHAN VS KEANGKUHAN MANUSIA


Di saat aku menulis ini dalam masa 100 tahun dahulu sedang berlakunya proses penenggelaman kapal mewah RMS Titanic yang karam di lautan Atlantik setelah berlanggar dengan ketulan ais yang besar pada pukul  11.40PM tanggal 14 April 1912. Kapal yang digelarkan “God himself cannot sink this ship” oleh Billy Zane dalam filem Titanic 1997 akhirnya karam jua akibat daripada kemasukan air yang berlebihan kedalam tangki apungan kapal tersebut. (untuk makluman, sir Thomas Andrew yang mencipta kapal ini menyatakan bahawa kapal ini mampu terapung sekiranya air yang masuk kedalam kapal tidak melebihi mana-mana 4 daripada 8 tangki apungan. Ia sekaligus membuatkan kapal ini ‘hampir tidak boleh tenggelam’)


Cerita yang nak diketengahkan disini lebih berkisar daripada rujukan filem Titanic lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet yang begitu berjaya menambat hati penonton seantero dunia ketika itu. Filem yang memaparkan kisah pelayaran sulung sebuah kapal termewah dan tercanggih ketika itu yang mana akhirnya menjadi pusara kepada lebih 1500 penumpang dan anak kapalnya. Selain itu ia juga menggambarkan sikap manusia yang tamak, pentingkan darjat, lupa diri dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan diri mereka trlepas daripada bahaya.


Mengikut statistik yang telah saya lihat di Wikipedia, hanya 324 penumpang di bahagian Kelas Pertama, 284 penumpang dalam Kelas Kedua dan 709 penumpang lainya dalam Kelas Ketiga. Namun jumlah yang terselamat hanya seramai 705 orang termasuk krew kapal dan sebahagian besar penumpang yang terselamat ialah wanita dan kanak-kanak sahaja. Hal ini kerana pihak berkuasa kapal atas arahan Captain Smith telah menegaskan bahawa hanya wanita dan kanak-kanak dibenarkan dahulu menaiki boat yang mana hanya mampu muat untuk separuh daripada jumlah penumpang. Manakala lelaki diperlukan  hanya apabila tiada wanita lagi menaiki boat ataupun untuk menjadi pendayung boat. Jika kita melihat semula adegan dimana penumpang diminta memasuki boat terutamanya penumpang kelas pertama, kita akan mendengar beberapa penumpang berkata bahawa menaiki boat keselamatan hanya sebagai memenuhi syarat kecemasan syarikat sahaja dan mereka percaya esok pagi mereka akan bersarapan di dalam kapal semula, ada juga mengatakan bahawa krew kapal bodoh kerana memanggil mereka menaiki boat dalam cuaca yang sejuk (-2C). Hal ini membuktikan mereka ialah seorang yang angkuh dan pentingkan diri mereka sendiri (perkara biasa dalam masyarakat kelas pertama dahulu, kini dan selamanya(mungkin) )


Seterusnya kita melihat pula keadaan dimana mereka berasak rasak menaiki boat semasa kapal mulai condong. Dari adengan itu kita dapat melihat ramai dikalangan mereka terlalu mementingkan keselesaan dimana buktinya ialah boat pertama dilepaskan ialah boat yang ke-7 hanya memuatkan 28 orang sahaja sedangkan muatan sebenar mampu menampung sebanyak 65-68 orang setelah diuji di pelabuhan Balfast. Hal ini kerana ramai dikalangan mereka ‘bersembunyi di dalam kapal akibat cuaca sejuk dan ada juga menyatakan bahawa jika terlalu ramai naik akan menyebabkan boat terbalik. Oleh itu boat terpaksa dilepaskan walaupun kekurangan penumpang. Begitu juga dengan beberapa boat yang mengalami nasib yang serupa dengan hanya 28 penumpang sahaja yang menaiki boat dan ada juga boat yang hanya berlepas dengan hanya 12 penumpang diatasnya. Sikap pentingkan diri mereka ini menyebabkan lebih ramai terkorban walaupun mereka terselamat.


Keseluruhan yang dapat dipelajari daripada RMS Titanic ini, kita sebagai manusia biasa seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan takdir yang kita dapat. Jangan pula kita hanya menerima tetapi sebaliknya kita seharusnya sanggup berkorban untuk member dan menerima sesuatu baik takdir, nasib dan kehendak. Hal ini patut dipelajari dari setiap insan terutamanya baru-baru ini sebuk nak berpiket (perhimpunan aman) kononnya nak mansuhkan pinjaman PTPTN yang membebankan itu. Cara yang diketengahkan itu amat salah sekali baik dari segi undang-undang mahupun adat, kerana..anda diberi pinjaman dan sewajarnya anda pulangkan wang yang telah anda pinjam. Mungkin anda merasakan bahawa kadar pembayaran terlalu tinggi...tak mengapa anda boleh meminta supaya dikenakan sistem yang lebih baru dimana kadar bayaran tidak akan naik setiap tahun dan dalam satu harga seperti sistem muamalat (perbankan islam) dimana sekiranya anda meminjam RM20000, anda hanya mendapat RM18600 dan RM1400 lagi caj perkhidmatan dan keuntungan bank....ataupun anda meminjam RM20000 dan membayar semula RM21400. Elakkan dari sifat pentingkan diri sendiri dan elakkan dari sifat tamak, kerana sekali anda bersifat tamak dan pentingkan diri sendiri seolah-olah anda telah membunuh 10 orang yang perlukan pembelaan. Hal ini boleh dipelajari daripada peristiwa RMS Titanic yang mana penumpang yang sepatutnya selamat ialah seramai 1100 orang tetapi hanya 705 orang sahaja terselamat akibat mereka terlalu mementingkan keselesaan dan terlalu tamakkan kehidupan dan kekayaan mereka. Belajar dari kesilapan lalu dan bukan dari setiap apa yang kita dengar. Sekian...Wassalam


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment