Monday 31 October 2011

CERITA TENTANG.....Disana Benci, Disini.....???


INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROOOJIUNNN.........
Bulan oktober tahun ini sebagai umat islam, kita dikejutkan dengan dua berita kematian yang melibatkan pemimpin pemimpin besar Negara islam. Siapa tak kenal Muammar Al-Qaddafi iaitu yang diketegorikan oleh rakyat Libya sebagai ‘diktator’ yang memimpin Negara ke-5 minyak itu selama lebih 4 dekat? Haaa....sungguh malang nasib menimpa Allahyarham, namun lebih malang lagi bagi rakyat Libya kerana mereka sebenarnya kehilangan seorang lagi ‘Singa padang pasir’ di bumi mereka selain daripada Allahyarham Umar Mukhtar yang syahid ketika menentang kuasa barat (tak silap aku Italy kowt). Hal yang demikian aku berkata begitu atas sebab kau orang boleh bilang laa berape ramai pemimpin Negara Arab yang berani menentang kedudukan Israel di bumi anbia Palestine?brape??!! kalau yang ade pown hampir semua dah arwah dah....Saddam Hussien pown dah arwah, Yasser Arafat juga dah arwah, dan yang tinggal sekarang hanyalah 2 tokoh popular Asia Barat iaitu Recep Tayyep Erdogan iaitu PM Turki dan Mahmoud Ahmadinejad presiden Iran je yang lantang mengkritik dan mengancam Israel....kalau mereka2 ni jugak tombang dek sebab rakyat mereka memberontak...alamat memang benarlah kata kata junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bahawa umat islam ini diibaratkan seperti ‘Buih Buih dilautan’ yang mana akan beralun mengikut ombak dan akan pecah apabila dihempas, sungguhpun banyak tapi tidak berguna kerana mereka lebih cintakan dunia dan takutkan mati. Tak silap aku ini hadis..tapi aku tak ingat sangat...so xbrani nak hurai panjang2.....hahhaa.....setat dah merapu aku nih...hahahaha
* saat Qaddafi nak melemparkan perlembagaan PBB semasa mesyuarat agung
 *kalo korang perasan...muke Qaddafi ni agak macam Datuk M.Daud Kilau gak ek..haha

Selain Allahyarham Muammar Al-Qaddafi, dunia juga dikejutkan dengan kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan bin Abdulaziz Al-Saud. Baginda mangkat di New York pada subuh 22 oktober 2011. Mungkin baginda tidak begitu popular di mata masyarakat dunia kerana baginda belum pernah memerintah, tetapi ingat! Baginda juga merupakan salah seorang pemimpin Negara islam dan salah seorang penjaga 2 rumah suci islam ialitu mekah dan madinah. Tak banyak info tentang baginda, namun kepada kedua2 insan ini janganlah disalahkan selalu......Al-Fatihah kepada mereka...semoga mereka diberikan kesenangan di ‘alam’ sana.


Kawan kawan sekalian, kat sini aku bukan nak cakap ape pown...juz cume nak menghormati atas pemergian dua tokoh yang agak besar kat dunia islam ni je.....tapi bagi aku agak pelik seorang yang bergelar dictator oleh rakyat sendiri tetapi dunia terus memandang Qaddafi dengan penuh penghormatan.......apahak sebabnya? Hahaha....tak payah fikir lah...sebab kat Malaysia ni pun same gak....hahaha...Orang luar lebih memandang jasa pemimpin kita berbanding orang kita sendiri yang hanya tahu menyalak dan tidak mahu berfikir. Hampir semua Negara kat dunia ini begitu. Hah teringat lak aku dalam musim haji ini akan mengingatkan kita tentang kematian seorang lagi dictator Negara arab yang digeruni oleh Israel iaitu Saddam Hussien. Mungkin kalian lupe, tapi aku masih ingat apebile tak silap aku tahun 2005/2006 Saddam Hussien dijatuhkan hukuman Gantung sampai mati betul2 pada pagi AidilAdha yang jatuh hampir serentak dengan tahun baru mase tuh. Memang tak masuk akal kenapa sebuah Negara islam boleh melakukan hukuman bunuh pada pagi hari kebesaran islam......sedangkan tak pernah dilakukan dimana mana Negara islam sebelum ini. Selepas kematian beliau...barulah tersebar berita tentang kesilapan ejen ejen FBI mengenal pasti senjata nuclear di Iraq......(alasan tak leh pakai pas hanco Negara orang tuh dikerjekan USA). Hahaha....baru ternganga mulut rakyat Iraq time tuh........dan aku elakkan berlaku situasi sama di Libya ni selepas pemimpin yang membawa negaranya keluar dari belenggu kemiskinan itu mati ditangan rakyat sendiri. Itulah kata orang melayu BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT, selain itu ia juga boleh diibaratkan MEMBERI BUNGA DIBALAS NAJIS. Ape yang seronok tengok tumbangnya pemimpin Negara sendiri?? Seronok dapat tengok pemimpin yang kita sokong tu naik?? Korang dapat ape? Makin baik ke pentadbirannya? Jawapannye cube tgk kat Iraq sekarang ape dah jadik??? Zaman Saddam memimpin lebih 32 tahun....jarang kite dengar letupan bom kereta walaupun katenye Iraq ni Negara yang mempunyai bom biologi dan senjata kimia.....namun..pas tumbangnya rejim beliau....ape dah jadik??makin teruk der!!!hahaha....nak ke jadik kat negare sendiri macam tu??? AKU SAMA SEKALI TAK BENARKAN!

Jadi dengan itu aku dengan merasa bersalah atas pemergian mereka betul betul mengharap agar janganlah menjadi seperti mereka mereka itu, cukuplah contengan contengan busuk si Barat untuk menumbangkan satu persatu singa singa islam yang kuat ini dan cukuplah jarum demi jarum yang melekat dari seluruh pelusuk dunia ini menyakitkan kita semua. Ini kerana, perpaduan itu harganya tidak ternilai dek intan permata, hatta dijual seluruh dunia sekalipun perpaduan itu lebih mahal lagi harganya. Sedar dan insaflah atas apa yang kita lihat bukan apa yang kita dengar. Sekian, salam Takziah dari aku.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 25 October 2011

CERITA TENTANG.....Sedikit Cahaya Dalam Kegelapan



Happy Deepavali to all Indian friend.....hahaha..selamat menyambut pesta cahaya kepada semua  rakan yang berbangsa india dan kepada seluruh rakyan Malaysia. Sememangnya perayaan cahaya ini sungguh bermakna terutamanya disambut dekat2 dengan Hari Raya Aidiladha untuk semua umat islam dan untuk yang bukan islam pula ia disambut dekat2 dengan hari holloween. Hahaha sememangnye kali ini entry aku hanye untuk mengucapkan selamat hari deepavali ni je...tapi...rase x syok la pulak kalo tak membebel banyak-banyak ek. Alaaaa.....bende biase la setiap entry aku kene membebel coz aku ni agak kuat bercakap sebenarnye...tapi jarang je bukak mulut.....hahaha...dah mule merapu la tuh.

Urmm....hampir setiap hari sebenarnya aku selalu berdoa untuk memperoleh ‘sedikit cahaya didalam kegelapan’ aku kini. Ye, memang aku merasakan hidup aku sebenarnye lebih kepada kegelapan disaat aku sebenarnya memerlukan cahaya. Bukan ape, sebab....bile kite dalam kegelapan...ape je yang korang nampak?? Hanye hitam kelam je kan?? Tapi..seadnainye korang diberi panduan sedikit cahaya didalam gelap tersebut...korang mesti akan nampak jalan walaupun sedikit sukar...betol tak? Hahaha...itu yang aku fikir laaa. Urmm..sememangnye setiap kali dalam sembahyang aku meminta agar ditunjukkan sedikit ‘cahaya’ untuk menjadi tongkat aku berdiri. Bagi aku, dengan adanya bantuan ‘cahaya’ yang aku maksudkan tu.....barulah aku dapat menempuh seukar dan senang kehidupan ini sebab ade je cahaya yang membantu aku dari terjerumus kedalam kegelapan yang amat suram. Hahaaha....ape la malangnye nasib sorang hambe ni eh...sering dirundung malang. Memang camni la ek jadi orang yang tak banyak bersuare..haha...selalu diketepikan je kowt....urmm......dah naseb..ape leh buat.

Cahaya yang aku maksudkan tu bukan la cahaye lampu suluh atau spotlight....bende tu buat ape je....kat umah aku belambak...haha. yang aku maksudkan ni x lebih dari seorang teman yang sanggup menemani aku saat aku sukar dan senang, saat aku jatuh dan bangun, saat aku suka dan duka...yelah, biase aku jumpe kawan2 aku yang mempunyai ramai kawan ketika senang, berkepuk2 orang nak dekat, berderet orang nak ketika senang, tapi sebaliknya ketika susah....kau orang boleh kira pakai jari la siape je yang teman kau ketika tu. Biasa la..semua orang akan cakap yang mereka sanggup bersusah senang sesame...tapi...bila dah jadi??haha...SIAPE JE YANG KESAH? Sebab tu aku mengharap agar menjumpai sebutir cahaya yang mampu menjadi penyuluh seluruh hidup aku walaupun sedikit. Bukan aku nak yang sehebat dewi, tapi cukuplah sekadar seorang insan yang tak bertopengkan SHAITAN sebab dah lame aku merase orang yang macam tu....mulutnya madu tapi hatinya racun yang paling berbisa.

Ok2...cukuplah aku cter pasal bende yang tak brape penting nih....kadang2 kalau cter lebih2 kang aje pecah lak keyboard laptop aku ni kang..hahahha...geram dowh.....sekali sekale kite pown nak senang jugak ek... ok la geng...ADIOS AMIGOS!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 20 October 2011

CERITA TENTANG.....Menjaga Sensitiviti Orang Lain

Assalamualaikum w.t.b. kepada sekalian rakyat yang mana sudi meluangkan mase terlalu panjang utntuk membaca bibit biti ayat dalam blog ini. Maka, ketahuilah olehmu sesungguhnya aku sedang mengunyah kepingan demi kepingan kerepek kentang berjenama MISTER POTATO yang berperisa BBQ ini tatkala aku sedang mencarik idea yang merapu untuk mengarut dalam blog ini..(hamboi....panjangnye ayat??). ye, sudah agak lame aku tak menaip yep! Bukan xde idea sebenarnye, cume....tangan aku tetibe je rase keberatan nak menaip lagi..terutamenye selepas demi selepas beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak mengajar akan erti kesabaran yang amat tinggi. Untuk jurungkalinya, aku menulis semula selepas sebulan lebih aku x update blog ini. Ye..memang banyak liku dan dugaan terpakse dihadapi untuk menyiapkan suatu kerja...namun...bersabar dan tenang itu mampu mengatasi masalah2 tersebut. Sebab tu Allah berfirman dalam Al-Quran “ selesaikanlah(masalah) dengan bersabar dan menunaikan solat, sesungguhnya Allah itu menyukai orang orang yang sabar”. Namun cerita kali ini aku ingin bawakan tentang MENJAGA SENSITIVITI ORANG LAIN. Tak mahu bercakap panjang dalam hal ini, kerana dah terang2 la perkataannye sensitif..kang ckp lebih2 kang aku plak yang teruk kene hentam..hahaha.

Berkenaan isu ini, baru2 ini berlakulah kejadian dimana kelancangan Si B menyebabkan Si A  tersentuh dan tersentak. Serentak dengan itu, Si A tersebut membuat keputusan spontan untuk tidak langsung mengendahkan Si B yang membuat dia. Baginya, perkara tersebut hanyalah tak lebih sebagai mengambil kesempatan dalam kesempitan. Hal yang demikian kerana Si B pernah mengadu masalah kepada Si A semasa dia dalam kesusahan, manun apabila hidupnya sudah senang, Si A meluahkan isi hatinya yang suci murni untuk melamar Si B, namun ia amat menyentapkan hati Si A apabila Si B dengan selamba berkata “eh..kite kawan je kan??”. Peristiwa itu amat tidak diterima sama sekali oleh Si A kerana semasa Si B kesusahan dulu dan tiada tempat bergantung, Si A ni sanggup menceriakan dan menjaga Si B ni macam ISTERI sendiri beb!! Namun Si B ni tergamaknya memperlakukan sikap sebegitu kepada Si A, lebih panas lagi apabila Si A ade terdengar cerite bahawa Si B ni rupenye ade hubungan yang tidak jelas dengan Si C yang entah tak memasal lak nak masuk watak dalam cter ni...hahahaa...so, secara jujurnya Si A ini amat tersentap dan terguris perasaannya setelah apa yang dia lakukan.  Yang paling dia tak sangka tu..lembu punya susu, sapi dapat nama...choi!! tara guna punya olang aa....hahaha

Tu la serbe sedikit cerita yang aku bawakan tu...cerita ini dikaburkan sedikit untuk tidak menyinggung mana2 pihak...kalo aku cterkan sumer...kire same je la aku ngan Si B tu..hahaa...tapi tak...ianya sungguh berbeza. Ok2....tu satu kesah dari perlbagai kisah dan tauladan yang pernah aku dengar...macam dah boleh buat kisah 1001 malam versi MALAYA lak...haha. namun, ape kite perlu ingat...cabaran tetap melanda seseorang kerana itulah ujian Allah kepada hambanya untuk menguji iman dan takwa. Urmm...Kepada Si A tu..banyak2 la bersabar eh, dah bukan rezki ko...alaaa...biase la budak cmtu...ko tunggu je la nanti bile dia dapat masalah balik...mase tu baru dia carik ko pastu siap nak sujud2 ag kat kaki ko..haha...kepada Si B lak, kenapa tidak mempedulikan isi hati orang lain? Eloklah buat macam tu, sebab kene ingat....HIDUP INI BAGAI RODA, SENTIASA BERPUTAR DAN TERUS BERPUTAR. ADAKALANYA KITA BERADA DIBAWAH DAN ADAKALANYA KITA DIATAS. TETAPI APABILA KITA BERADA DIBAWAH AKAN ADA ORANG YANG MEMBANTU KITA KE ATAS, JANGANLAH PULA APABILA KITA DIATAS KITA SEGERA JASA ORANG YANG BIBAWAH. Peringatan tu aku rase da cukup jelas kot..haha..aku tak reti la nak bagi peringatan sangat ni...haha..almaklum je la..aku ni kan kejenye memerhati je...bukan ‘tuan penasihat’ mana2 badan bukan kerajaan pown.

Hah...dalam masa yang sama, aku nk ingatkan kepada seluruh manusia tentang isu semasa yang sedang melanda kita sekarang ini. Kerana ianya pernah melanda negara suatu masa dahulu. Aku tak nak cakap pasal ape, tapi penjelasannya ade kat dalam ucapan Allahyarham Tun Ghafar Baba semasa krisis perlembagaan 1993: “ ...dalam pengamatan saya, sebuah kerajaan boleh dianggap sebagai sebuah keluarga. Sekiranya ahli keluarganya melakukan sesuatu yang bertentangan maka seharusnya ketua keluarga berhak menegurnya. Dalam kes ini, berdirinya raja adalah kerana rakyat dan sokongan rakyat, dan membangunnya rakyat adalah kerana raja, maka seharusnya kita menghormati kedaulatan raja-raja kita selain memperbaiki kesalahan lampau kita. Janganlah kita dituduh akan derhaka sungguhpun niatnya baik, kerana raja dan rakyat berpisah tiada” (dipetik dan diubahsuai daripada ucapan YAB Tun Ghafar Baba). Jelas kat situ menerangkan hal perihal yang berlaku sekarang, tetapi..awas..jangan pula jadi pengampu di mata mereka. Mungkin bukan semua keputusan baginda tidak dipersetujui semua, tetapi bukan semua yang kita bangkang itu disukai orang lain. Cuma kelantangan sesetengah daripada mereka yang memegang status ‘agak besar’ ni je yang  merasakan tindakan mereka betul menyebabkan kekacauan seluruh sistem sedangkan jika dikecilkan skop..mereka juga bertindak serupa...hahaha...LU CAKAP TAK SERUPA BIKIN LAA!!

Ok geng...aku setop sini dulu laa....sebab masa makin suntuk. Tapi tak bermakna ini kolumnis terakhir aku, dan insya-allah aku sedang mencube membawa beberapa lagi penulis baru untuk mempelbagaikan style kami. Haha...(aku pown tau korang dah bosan membace cerite meraban aku ni kan??) sebab tu aku memerlukan pengembangan ahli kami dalam blog ini. Sekian sahaja..terima kasih!!

*p/s: baru perasan ek..lagu ni tangkap lentok seyh!!hahaha

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment