Saturday 5 November 2011

CERITA TENTANG.....Labbaik Allahumma Labbaik!


Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika lah.

Maksudnya: Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Bacaan talbiah ini memang famous apabila dikaitkan dengan ibadat haji dan umrah. Seperti entry2 yang lepas (dah lame ek  aku x keluarkan ayat nih..hahaha) kali ini masih dikaitkan dengan soal agama...almaklum lah...kehidupan kita saling berkait dengan jarak dan masa samada kelender hijrah ataupun kelender Georgian.  Disaat entry ini ditulis, umat islam diserata dunia sedang menuju ke kemuncak ibadat haji iaitu berwukuf di Arafah, Bermalam di Muzdhalifah, dan Melontar 3 Jamrah. Disinilah tempat berlakunya peristiwa dimana nabi Allah Ismail merejam syaitan atas sebab cuba menghasutnya supaya mengingkari arahan allah yang mana menyuruh bapa nabi Allah Ismail ini iaitu Nabi Allah Ibrahim supaya ‘mengorbankan’ anaknya sebagai tanda keikhlasan terhadap Allah. Ia juga bertujuan untuk menguji keimanan Nabi Allah Ibrahim supaya bersifat sabar dan redha keatas ketentuan ilahi dan tidak mengingkari arahan tuhannya itu. Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa, Allah telah menukar nabi Allah Ismail itu dengan seekor kibasyh(line line kambing gurun la gak kowt) tatkala pisau tersebut mencecah ke kulit baginda. Nabi Allah Ibrahim tak putus putus emuji tuhannya itu atas kekuasaan Allah menukarkan sembelihan baginda. Dari situ kita dapat mengetahui asal usul melontar jamrah dan juga asal usul ibadat qurban.

Yang sebenarnya disini, aku bukanlah mahu bercakap banyak, tapi adalah elok kita sama sama menghayati isi kandungan KHUTBAH HAJI RASULULLAH S.A.W iaitu KHUTBAH HUJJATUL WADA’ (khutbah haji perpisahan). Ini kerana Hujjatul Wada’ ini merupakan Haji terakhir nabi sebelum baginda wafat. Difahamkan lebih daripada 100000 umat islam mengerjakan haji pada tahun tersebut (ada juga ulama mengatakan hanya 90000 umat islam) iaitu pada tahun ke 10 hijrah (ada gak ulama kate tahun 9 hijrah). Dikatakan pada haji tersebut jatuhnya haji akbar, iaitu haji terbesar daripada haji haji yang lain yang mana jika hari raya haji jatuh pada hari jumaat sahaja. Sejak akhir akhir ini jarang kita mendengar tentang haji akbar...mungkin dah nasib...(atau sebaliknya)

Oleh itu, saya bawakan isi kandungan khutbah terakhir RASULULLAH yang saya sempat cilok dari wikipedia nih:
    "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

    "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

    "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

    "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

    "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SALAM AIDILADHA DARI SAYA SELAKU EDITOR UNTUK BLOG INI,
BARAKALLAH HULAKUM WAFIDDUNYA WAL AKHIRAT.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments: