Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Dah lama jari jemari aku tidak mendambakan penulisan demi penulisan diatas para keyboard yang indah ini, akhirnya aku kembali dengan matlamat yang satu iaitu BERKONGSI CERITA DISEBALIK PANDANGAN. Urmm...ayat macam ni aku tak pernah guna untuk buat karangan..tapi..demi korang aku guna je laa. Biasela... manusia boleh berubah ubah kot..begitu jugak musim kadang kala berubah...time tu la keluar cerita AUTUMN IN MY HEART la...WINTER SONATA laaa..dan banyak lagi laa...hahaa namun begitu, ade jugak benda yang boleh berubah selain daripada manusia dan musim...iaitu BUMI. Umum mengetahui sekarang ini heboh diperkatakan tentang pemanasan global yang jangkaannya akan menenggelamkan seluruh permukaan bumi yang kurang daripada 60meter jika pemanasan global berterusan. Pakar geologi Malaysia jugak ade membuat andaian bahawa Daerah Batu Pahat , Johor dah Pekan di Pahang akan tenggelam dari peta bumi dalam tempoh 100 tahun!! Benarkah?. Namun bukan itu persoalannya sekarang....sebenarnya tajuk yang hendak diketengahkan pada hari ini berkisar tentang malapetaka TSUNAMI ACHEH yang melanda 11 buah Negara diseluruh dunia pada tanggal 26 disember 2004. Bergegarlah seluruh media massa time tuh tentang bencana ini yang rasanya lebih sebulan kowt cerita pasal tsunami je keluar kat TV.....tapi aku suka gak tengok time tuh sebab nak mengetahui keadaan dari masa ke semasa.
Tsunami yang melanda Pantai Acheh pada tanggal 26 disember 2004 lalu menyebabkan kehilangan lebih 168000 nyawa di seluruh kepulauan Sumatra sahaja manakala lebih 250000 nyawa untuk keseluruhannya. Jumlah ini menjadikan ianya sebagai sebuah bencana yang lebih dikenali sebagai THE GREATER DISASTER OF THIS CENTURY. Apa yang aku paham...bencana ini berlaku akibat daripada pergerakan plat tektonik bawah laut yang menolak salah satu plat yang lebih lembut. Pergerakan bawah laut ini sukar dikesan namun dirasai apabila 25 minit sebelum ombak tsunami berlabuh (tsunami berlaku pada pukul 8.13 pagi waktu sumatera barat) berlaku suatu gegaran gempa bumi berukuran skala 9.1 richer. Hal ini ditambah lagi dengan kedudukan titik tsunami yang dekat dari daratan menyebabkan ramai tidak sempat melarikan diri. Dengan itu..tidak mustahil angka korban sebanyak itu dan mengikut rekod Indonesia...seramai hampir 100000 lagi orang dilaporkan hilang selepas tsunami itu. Ada juga sehingga sekarang masih tidak dijumpai mayatnya ataupun hilang tanpa dikesan. Namun itu bukanlah penamat bagi Nanggroe Acheh Darussalam itu kerana bencana yang dikatakan KIAMAT kecil itu mendatangkan kebaikan kepada penduduk Acheh sehingga kini. Perang saudara yang berlaku selama lebih 30 tahun akhirnya Berjaya ditamatkan dan sekarang Achehlah satu-satunya negeri yang mengamalkan undang-undang islam secara sederhana.
Banyak lagi boleh diperincikan tentang peristiwa hitam tersebut. Namun sebagai manusia kita harus beringat bahawa hidupini ibaratkan seperti roda, dikala kita diatas ada juga insane dibawah dan dikala kita dibawah percayalah suatu hari nanti kita juga berada diatas. Oleh itu...jangan bersikap tidak reti bersyukur dengan apa yang kita peroleh dari tanah bertuah ini. Mungkin ada kurangnya tetapi ingat ada lagi insan yang lebih kekurangan dari kita. Dan sebelum berundur renungkanlah maksud ayat alquran berikut.
“dan apabila kamu ditimpa musibah, maka ucapkanlah daripada Allah kita datang dan dari-Nyalah kita akan dikembalikan (innalillahiwainnailaihirojiunn)”
BENARLAH KATA-KATA ALLAH YANG MAHA AGUNG
No comments:
Post a Comment