Saturday, 31 December 2011

CERITA TENTANG.....Tahun demi tahun perubahan berlaku



Bertemu kite lagi dalam entry baru yang rasenye untuk kali terakhir dalam tahun 2011 ni. Sebelum tu...aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada kalian yang  mana pada tahun ini genaplah tahun yang ke 2012...bercakap mengenai tahun 2011 yang akan berlalu ini. Suka aku nak kongsi cerita dengan korang macam mana bermulanya tahun 2011 untuk aku dan macammana berakhirnya tahun ini untuk aku. Memang tak dinafikan tahun ini boleh dikatakan tahun yang agak tidak menentu baik dari sudut ekonomi dan politik..juga dari sudut sosial. Begitu juga dengan hidup aku.


Mulanya begini, 2011 aku bermula dengan jatuh! Namun berkat sokongan kawan2....sahabat2....rakan2....guru2 yang mengetahui kebenaran dan lain2 membuatkan aku berusaha untuk kembali naik dan meninggalkan perkara yang lepas tanpa memandang kebelakang...(kalau nak tau...memang betol2 aku tinggalkan perkara yang lepas...tak fikir ape dah..nak jadik jadik lah!). akhirnya...sungguh tak ku sangka, tahun yang aku rasakan seperti kehidupan yang celaka tu nampaknya berjaya membuahkan sedikit kemanisan dalam hidupku...sedikit demi sedikit nasibku berubah....aku berjaya bangun dari kelompok kebinasaan yang memang mengarut lah kalau nak fikir balik dan aku berusaha untuk mengekalkan kemanisan hidup aku sehingga keakhirnya. Aku amat bersyukur kerana sepanjang aku berada di bangku persekolahan tingkatan enam ini aku mempunyai ramai kawan yang masing2 mempunyai ragam dan sikap yang berbeza serta masing2 memahami erti seorang kawan. Suka aku nak bagitahu, korang jangan pandang seseorang yang keras hati tu sebagai lawan tetapi anggaplah mereka tu sebagai kawan kerana mereka jugak punya hati dan perasaan serta mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kita Cuma boleh memberi nasihat dan memerhati sahaja...selebihnya biarlah mereka tentukan.

Berbalik semula cerita asal...tahun 2011 ini juga banyak mengajar aku erti kesabaran dan keyakinan diri. Aku teringat tatkala kelas aku nak buat jamuan, macam2 kerenah aku lalui...dari yang tak boleh bagi kerjasama, bergaduh dalam kelas, sampaikan bab makanan pun menjadi isu....tu belum ketika majlis berjalan lagi....selepas majlis berjalan jugak ade kesah tersendiri. Tuhan saje yang tahu macam mana aku menghadapinya, kalau bukan kerana segelintir kawan2 yang terus menerus memberi pandangan dan sokongan juga kalau bukan kerana guru2 yang aku dah anggap macam mak angkat tu memberi nasihat....dah tentu lah aku tak seperti yang korang lihat sekarang. Bersyukur aku kehadrat ilahi kerana mengurniakan aku pengalaman ini yang mustahil aku peroleh jika aku tidak masuk tingkatan enam. Hahaha.....mungkin korang ingat aku tulis ni untuk tingkatan enam je kan? Tak laa....sebab ni aku tulis cerita pasal aku. So..korang jangan la kecik hati.....ade mase aku tulis lak cerita lain.

Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan penuh mencabar 2011 ini, aku terasa sungguh kerdil melihat kekuasaan demi kekuasaan yang tuhan turunkan kepada alam. Awal tahun lalu kita digemparkan dengan banjir di Johor serta Tsunami di Jepun. Tak cukup dengan itu....tragedi tanah runtuh yang menimbuskan sebuah rumah anak2 yatim di Klang serta ribut demi ribut yang melanda di Filiphina. Dan tak lupa juga bencana yang menyerang negara periuk nasi Asia iaitu banjir di Thailand yang mana umum mengetahui bahawa Thailand merupakan pengeluar beras terbesar dunia. Jadi....sebagai manusia yang mempercayai kewujudan tuhan...lihatlah alam dan renungkanlah diri. Tuhan menurunkan bencana itu bukan sebab tuhan tidak menyukai sesuatu puak atau sesuatu bangsa, tetapi tuhan menurunkan bencana itu adalah untuk meminta seluruh manusia bantu membantu dan berkerjasama. Sebab itu pepatah melayu selalu menyebut “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.


Akhir kalam aku berasa gembira sekali kerana kehadiran tahun 2012 kali ini disambut dengan beberapa benda baru...antaranya hehehe....(bangge diri la plak mamat nih)....handset baru wok!! Sony ericsson XPERIA ACTIVE!!! Baru je angkat pada pukul 5.30ptg waktu malaysia pada tanggal 31 disember 2011. Selain itu....aku jugak mulai tahun depan bukan lagi bertitle budak sekolah dan tidak memakai pakaian sekolah lagi..huhu..kurang2 leh aku bagi mangse banjir baju2 skolah aku tu ek...huhuhuh....selain tu....urmm...rasenye biarlah aku dan segelintir manusia sahaja yang tahu....tak perlulah nak heboh2 sgt semua perkara ek...hahaha....akhir kata sambutlah salam tahun baru aku dengan ASSALAMUALAIKUM.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comment:

iAmCekbolat said...

wslm =)

jatuh? smngat dh pulih kan? alhmdulillah