Saturday, 23 April 2011

CERITA TENTANG.....Form 6

Disaat aku menulis entri baru ni...ketahuilah olehmu sesungguhnya akusedang berperang dengan kepanasan yang amat sangat dek cuace yang tidak menentu sekarang ini. Tajuk entri kite pada hari ini ialah tentang FORM SIX, atau nama saintifiknya TINGKATAN ENAM.
Ma’asyural muslimin narrahimakumullah....(ait??macam khutbah la plak??haha)
Form six merupakan satu cabang diantara berbagai bagai cabang belajar untuk lepasan SPM. Pedulik mati la same orang nak kate ape tentang form six nih....jangan hirau sangat, sebab orang yang berkate tentang form six nip own amek form six gak dulu sebenarnye...(maaf sesiape terase..entri ini tidak akan menonjolkan nama mana tersebut kerana dikhuatiri akan tersinggung perasaan audiens). Sebagai menyahut seruan untuk mengajak lepasan SPM menyertai form six nih, selain untuk member penerangan yang jelas kepada mereka yang kabur2 ataupun yang selalu menyinggungkan form six nih, aku merasa terpanggil la untuk membuat kerje2 sosial nih. Yela...sebagai salah seorang yang pernah menceburkan diri dalam tingkatan enam nih yang selalu diherdik hine oleh kengkawan yang kononnye belajo univesti...haha, kengkadang sabo la gak ek..haha.

Pengalaman mengajar erti kehidupan, jatuh bangun setiap insan itu terletak pada tangan dan kaki mereka jua, begitu juga kehidupan form six ini. Ia bukan seperti tanggapan sesetengah orang yang angkuh bahawa form six ini sebagai TEMPAT BUANGAN budak, mahupun TONG SAMPAH UNIVERSITI ia juga merupakan medium pelajar untuk memudahkan lagi perjalanan menuju ijazah sarjana muda iaitu DARJAT YANG SAMA DENGAN SI ANGKUH TADI. Haha...tak gitu tuan2?? Kadang2 aku naik angin gak dengan beberape kawan2 aku yang sebok mengapikan form 6 nih....korang taw ape diorang bahankan??haha..mcm biase la....ayat2 diorang mesti berbunyik begini:
1) “alah wat pe ko masuk form 6 dowh...kan susah...”
2) “ape barang masuk form six....nanti kne pakai uniform skola...hahaa...buduh!!”
3) “ ah...ckp je la ko nk duduk bawak ketiak mak bapak ko lagi kan??”
4) “asal msuk form six?x dapat mane2 kew”
5) “baik kau tak yah la msuk form six...nanti xde life....masuk diploma ade life”
6) “hahaa...tu la...SPM blajo bodoh.....kan x dpt mane2”
Dan lain lain yang rase jauh lebih kesat....ni antare ayat angkuh mereka...so korang nak tergolong ke dalam ketegori mereka??haha...ofcoz la x mo kn?? Bagi aku, berdasarkan ape yang aku kaji....korang ni sebenarnye diberi peluang sama sahaje....baik diploma mahupun STPM...masing masing ade jalan sendiri. Tetapi korang bandingkan dengan 2 jangka mase berikut.....
STPM: 2 tahun tingkatan enam + 4 tahun ijazah = DEGREE
Diploma: 3 tahun diploma (belum tentu lagi) + menganggur setahun atau lebih* + 2 tahun ijazah lanjutan = DEGREE.....
*menganggur sebelum menunggu panggilan ijazah biasenye 1 atau 2 tahun, tapi bukan semua dapat nasib begitu....nisbah mungkin 70:30
Tengok....kalau kite bandingkan jarak mase...STPM lagi cepat berbanding dengan Diploma..haha..cume yang berlagaknye ialah diploma hidup agak bebas...(tapi ni la biasenye yang wat hanyut)...n ade gak yang time nk pekse jew ngampu lecture diorg...kowt2 nak bagi soklan boco..hahaha...WTF!! patut la smpai final sem diorang banyak bungkus...haha..tp takpe la..mungkin bukan rezki...aku malas nk cakap lebih2...yela...bukan pengalaman aku, tp berdasarkan pemerhatian aku jew... al maklum je la...lain manusie lain pengalaman..betul x??haha

Jika diikuti dari sejarah Negara Malaysia ini, STPM merupakan salah satu medium pembelajaran yang amat Berjaya sekali di Malaysia ini. Dalam sejarah pentadbiran Negara pula.....sebanyak DUA ORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI lahir daripada sijil yang dipandang hina ini...(ade dye ckp lepasan metrik ke...asasi ke...diploma ke?ade??xde kan..haha) so...secara logic, STPM yang diherdik caci maki ini bukanlah suatu tempat pembuangan tetapi salah satu tempat menuju kemahsyuran hidup. Janganlah kerana dengar dari mulut orang2 tertentu...korang dengan cepat dan pantasnye percaye kat diorang...haha...kaji dlu asal usul hidup diorang..... ye, memang tak dinafikan bahawa STPM ni susah belajarnye, MEMANG SUSAH!....tapi...untuk ORANG YANG MALAS BELAJAR DAN MENGHARAPKAN ORANG SEKELILING MEREKA SAHAJA. Form six ni la juge yang sebenarnye mengajar kita memilih kawan yang betul dan yang salah, mengajar kita tentang erti belajar berdikari dan kari kari yang lain...hahahahha....sungguhpun begitu, peranan paling penting dalam form 6 nih ialah mematangkan pale hotak korang yang still tak pernah berfikir diluar kotak! Ini bermaksud....korang bukan melihat ape sahaje di persekitaran korang, tetapi dari sudut yang lebih luas dari itu.......sesungguhnya aku amat berbangga dengan form 6 yang aku kecapi ini.

 +inilah dia wajah dua orang bekas TPM yang mengambil STPM dan berjaya...haha

Melihat dari suatu sudut yang lain pula, tingkatan enam yang dikategorikan budak sekolah ini juga mengajar kita erti kebebasan bersuara selain kat sini lah kita leh tunjuk belang kate-kate kite...(selagi ia tak tergolong dalam akta hasutan) dan disinilah kite dapat memahami secara detail lagi hal hal dalam Negara......memang tak dinafikan form six ini mulanya sukar....tapi...jika kita hanya memandang ringan akan kesukaran itu, mescaya ia menjadi lebih sukar...jadi...kat dalam form six ni gak la korang perlu tanam sikap saling berkerjasama, hormat menghormati dan bersatu padu tak seperti belajar di lain lain tempat yang mementingkan diri sendiri dan ada juga yang agak terkurang ajar kerana merasakan dirinya ‘THE BEST’ yang belajar di university...kononnye...hahaha...(namun ade gak yang dari golongan ini baik jugak...)

Mengikut statistic kementerian pengajian tinggi pula, sebanyak 50% lepasan STPM ini dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT dan dari jumlah itu...mereka semua memperoleh sekurang kurangnya pointer 2.65 keatas. Ini lebih memberangsangkan berbanding diploma iaitu sebanyak 30% sahaja mendapat terus ijazah lanjutan pada tahun mereka menghabiskan diploma diorang, dan selebihnya tahun tahun berikut.......(tak tau la kalo korang mampu nak tgu bertahun tahun kan??hahahaa) tetapi...ade ke korang nak pointer rendah 2.65 sahaje? Ataupun setakat nak lulus STPM coz sijil nih diiktiraf seluruh dunia berbanding diploma (hanya untuk dalam Negara sahaje). Kita seharusnya usaha lebih gigih lagi untuk sekurang kurangnya mencapai pointer 3.00 keatas!

Woah cukuplah aku membebel pasal form six arinih, jika ade masalah lanjut sila hubungi aku di ruang komen...haha..jangan risau..komen anda akan dibalas punye setiap hari.....beribu soklan pown tak pe...hahaha...anggaplah aku nih macam pembimbing rakan sebaya korang yang bersedia berkhidmat bersama kawan kawannya.....aku pun sedar juga, setiap kali aku jatuh dahulu ramai jugak orang yang menolong aku....dan begitu juga jika korang jatuh....tanggungjawab bersama la kite nak bangunkan semula.....akhir kate...cube amati lirik ini...
“Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya”
                (dipetik dan diubahsuai daripada lagu INSYAALLAH (versi melayu) dendangan Iqbal Nasir)

Ingat, kite hidup dibawah satu bumbung...maka jika kita mendapat sesuatu itu..segeralah menyebarkannya kerana mungkin kita bakal membantu seseorang yang lain dalam masa yang sama serta member harapan kepada mereka juga. Akhir kalam...sekian sahaja...terima kasih! Doumo arigatou gozaimasu!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 comments:

Unknown said...

hidup satu perjuangan..hidup form 6...hahahah.. hanya mereka yang pernah berada dalam tingkatan 6 faham situasinya bagaimana

Anonymous said...

cool post. btw form 6 bkn tpt buangan bdk2 yew. kalau nk dibandingkan dgn stpm dgn matrik, dk stpm lgi berkualiti dr mtrik.i said this based on my experience. keep it up! ;)

ibnuZidane said...

ainsyam: terima kasih kerana mengomen,...haha memang tak dinafikan bahawa mereka yang pernah menghadapi perit getir ini sahaje yang mengerti..saya sokong idea anda

ibnuZidane said...

Hani Madu: thnx coz mengepos..haha betul hakikat itu, namun kami sedar akan realiti...masyarakat sekarang lebih memandang status hidup dari kualiti

fiza said...

Form 6 lebih berkualiti dari yg lain2 coz kite benar2 faham ape yg kite blaja compare to others yg hanya nak kejar pointer jer lebih...ALL THE BEST pada sesape yg berminat nak masuk form 6...belajar tok ilmu bukan tok exam or masuk U or dapat keje yg baik....

shazailaana said...

btui2...sye bngga ambi frm 6..=)

btw..nice song..=)