Monday, 18 April 2011

CERITA TENTANG.....Kami


Percayalah sesungguhnya tatkala aku sedang menulis ini, aku mengunyah sejenis makanan febret makhluk bumi yang bernama ‘CORNTOZ’..urmm yum yum yum...sedaaaaapppppp!!!! sesuatu yang lazat dan berperisa jagung enak sedang masuk ke mulut sambil irama ‘krup krap krup krap’ berkumandang dari luar..hahaha..tapi sambil makan nih aku teringat lak kat nasib kawan2 kita yang nun jauh ketimur sana dekat dengan TERBITNYA MATAHARI yang teruk ditimpa musibah, mereka langsung tak dapat menjamah makanan hatta berperang pula dalam kesejukan musim sekarang ini. Tapi mereka tetap bernasib baik, kerana hidup mereka tak seperti saudara kita di BARAT ASIA dan NEGARA SINGA PADANG PASIR UMAR MUKHTAR. Mereka lagi teruk, tiap2 hari sarapan dengan peluru...lunch dengan peluru....dinner dengan peluru, silap2 supper pown dengan peluru....begitulah lumrah dunia, disebelah pihak kita sentiasa aman dan disebelah lagi pihat sentiasa berada dalam sejarah gelap yang belum pasti berpenghujung. Tak pe lah..kite tinggal je mukaddimah yang agak serius bunyiknye kali ini eh...hahah

+ni la pakcik yang namenye Umar Mukhtar..pejuang libya













Hari yang indah ini juga kami banyak belajar tentang masyarakat secara ringkas, awal2 pagi lagi sudah bergumbira kerana cikgu tak masuk kelas, tetapi agak sengsara gak coz duduk tengah panas..haha..biasa la terik sinar pagi punya bahang memijarkan kulit...tak macam tengah hari atau petang.....namun kesempatan kami juga digunakan sebagai tempat untuk membebel sepanjang mungkin kerana Manchester United baru je kalah dengan Manchester city 0-1 ahad pagi aritu...haha luahan duka, kecewa, menyesal, maki hamun berkumandang dari mulut kami atas kekalahan yang memalukan itu...biase la..penyokong setia la katekan.  Selepas cikgu2 mula habis mesyuarat, tiba la pula waktu untuk masuk ke kelas...matapelajaran pertama yang sempat belajar ikot jadual hari nih adalah ILMU ALAM...(woah...bahse klasik seyh..) alam yang dikaji bukan alam sebarang alam, tetapi alam diatas kita yang berlapis lapis macam kuih lapis....yum yum yum..haha, secara tak langsung mengingatkan kita kepada kebesaran ilahi yang menjadikan langit dan bumi tidak bertiang dan berdinding....haha...tu Cuma permulaan hari yang biasa aje, namun segalanya bertukar apabila tiba waktu balik....haha..untuk pengetahuan lanjut..bace sampai habis!
 +segan siak aku man.U kalah....penat aku membazir mase kat warung mamak taw malam tuh

Cerita bermula disaat aku pulang dari sekolah, urmm....sebenarnya begini, awal stori aku nak kesahkan dengan ape yang terjadi disuatu petang isnin yang hening...(bukan pagi je ke yang ade hening2 nih??). Crew Kami Sahabat Pena telah berbincang mengenai beberapa perkara samada sensitive atau tidak, pihak krew juga sempat meluahkan beberapa perasaan yang terbuku dihati yang selame ini susah nak diluahkan (kire same mcm sesi kaunseling gak laa). Dalam beberapa perkara yang kami bincangkan tersebut, kami dapati setiap antara kami ni ade kelebihan dan kekurangan masing masing. Aku salute la sorang ahli crew nih, walaupun dia agak biasa dari pandangan orang lain, namun dia sebenarnya memiliki mata dan akal yang tajam....(sebenarnye habis merah muke aku tadi bile da kantoi ngan dye...hahaha). Tapi dia juga la yang memberikan beberapa tips yang amat berguna dan puas apabila mendengarnye...(hahaha kompem kalo orangnye tau mesti kembang hidung)


Namun begitu, hari ini kami mendapat satu kes yang agak besar juga kerana berkali kali diulang Tanya oleh orang orang marhaen. Soklanye berbunyi begini , eh cmne ek nak kuatkan ingatan? Agak agak korang, korang nak bagi jawapan cmne?? Kalo aku...haha...ambik je alat pemadam api tuh...hentak kepale budak tuh...kompem esok bukan stakat leh ingat...silap2 leh ramal mase depan sendiri ag...hahahaa..(brape banyak gelak daaaa). Tapi kan....kalo ikot nasihat pakar, didalam telur ayam amat kaya dengan vitamin B12 yang penting untuk menguatkan ingatan, disamping itu juga, susu segar juga bagus untuk mematapkan fikiran. Jika dikaji dari zaman rasullullah dahulu, beliau serta sahabat sahabat amat mudah untuk jadi tahfiz al-quran sedangkan zaman tu susah giler nak dapat buku atau cetakan al-quran lengkap, ape sahabat sahabat buat??haha berbalik pade permakanan, sahabat amat memandang tinggi nilai makanan yang dimakan, mereka tidak makan sambil berulam air kerana dikhuatiri akan menjadi bebal, mereka juga sering memulakan hafazan dengan memakan 3, 7,atau 9 biji tamar. Selain tu....dah kompem la zaman dulu2 mane la nak dapat sirap, air dalam tin, air batu campo, lai chi kang...so air pelik dan senang dapat yang ade mase tuh mestilah air susu segar dari kambing mahupun unta (kat arab susah nak jumpe lembu bai...xde orang ternak pown). Jadi...mungkin inilah sebab mereka boleh menghafal sampai 30 juzuk lengkap.....dan jika kita try praktik cara permakanan ini...mungkin kita juga boleh jadi macam mereka...(tak hapal banyak, al-fatihah cukup laa)hahaha


Tadi tu pasal kuatkan ingatan, ni pulak pasal pegangan....urmmm soklan yang sensitive nih..hahaha. aku juga ada ditanya tentang soal cmne agaknye nak stabilkan solat kite yang da banyak berlubang lubang nih?? Yang tu sebenarnye agak sukar aku nak jawab, yelah...walaupun aku nih berlatar belakang beragama la juge, tapi aku juge manusia yang penuh dengan kesilapan , tabah bila dihalangan, duri onak dan cobaan...hahaaha(cube teke lagu ape??). Actually soal solat n agame nih bukan kita yang tetapkan. Kita tunaikan solat adalah kewajipan, so mahu atau tak mahu kita kena tunaikan juga....hahaha. Sesungguhnya aku sendiri tak mampu mencari jawapan untuk soalan ini, tetapi andai korang boleh fikir kematian tu leh dating bile2 mase je kat korang...haha..cepat2 la solat mintak ampun banyak2 ngan tuhan.....betul tak??gagaga


Sepeninggalan kata, crew selalu berpesan, jika kita menolong orang, kelak pasti ada yang menolong kita...haha hubungan yang keruh itu cuba cubalah berbaik semula kerana disitu mungkin tersimpan nasib kita untuk 30, 40, 50 tahun akan datang siapa tahu? INGAT kawan2, kita hanyalah manusia biasa, bak kata lagu too phat...

“jadikanlah ku tentera fisabilillah,
Yang tertera di kalimah harap memaduilah
Entah apa bila,
Persimpangan tiba,
Hidup dengan penuh rintangan harus ku hadapinya,
HARAP KU TIDAK LUPA DIRI BILA GEMBIRA,
DAN MULA MENCARI KAU DISAAT HIBA,
Ku cuma MANUSIA penuh dengan kesilapan tapi bias membezakan cahaya dan kegelapan tabah dila dihalangan duri onak dan cobaan teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan..(uh!)”
(dipetik dan disesuaikan daripada lagu Alhamdulillah dendangan too phat ft. Yassin)

Cukup lah untuk kali ini, aku terpaksa berundur diri, minta maaf kerana entri kali ini tak dapat diwarnai dengan pelbagai warna kerana ‘hitam putih kehidupan mengajar cara menjadi seorang insan’...(woah berfalsafah Nampak aku yep..hahaha.....assalamualikum warah matullahi wabarokaaaatuh...(ucap salam macam dalam citer Qaleesya dalam astro ceria)...adios amigos!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments: