Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera kepada semua. Mungkin setelah 2 bulan menyepi dari menaip...ini kali pertama aku menulis entry yang agak berlainan dari gaya aku. Yes....sesiapa yang kenal aku, aku ni bukanlah hebat dalam bersukan mahupun mengulas isu-isu sukan....tapi apa aku boleh buat...macam biasa, duduk, lihat dan fikir kemudian cari penyelesaian terbaik atau mungkin terbaik. Hah...lupa aku nak memberitahu kalian semua, blog kami telah menambah keahlian blogger...hahaha....orang ni bukan calang2 tau...FATIAH YADZ tu mempunyai kehebatan tersendiri baik dilensa mahupun di blog. Anyway....COOL BLOG pown sedap!!hahahaha....(tapi aritu aku termuntah2 sebab aku xpernah minum bende tuh...yuks!).
Jangan lari topik wahai penulis! Yep....cerita yang nak disampaikan ni berkaitan dengan isu bola sepak negara. Hahaha....aku terdengar yang pasukan bola sepak negara a.k.a HARIMAU MALAYA ni sedang meningkat naik...dari juara Sukan SEA 2009, Juara Piala Suzuki AFF 2010 dan juga juara Sukan SEA 2009. Wah gah sungguh namanya tu....lepas aku kaji dan lihat sendiri kat youtube.....memang tak salah lagi prestasi permainan HARIMAU MALAYA ni semakin baik. Aku ingat macam mana aku pernah benci skuad negara dulu kalau tak silap masa perlawanan Piala Tiger 2002 kowt......masa tu lawan kat Stadium Gelora Bong Karno antara Malaysia dan Indonesia.....punyalah susah team kita nak dapat goal pertama dan akhirnya Khalid Jamlus (kalau tak silap laa) menjaringkan goal pertama Malaysia.....TAPI yang lagi hebat tu....indon boleh belasah balik kita dengan 4 goal dalam masa 45 minit....pergh!! sejak dari tu la aku benci tengok bola sepak malaysia nih....hahahaha,....(patut la aku tak pandai main bola!)
ni masa zaman allahyarham Datuk Mokhtar Dahari punya team ....classic x?huhu
Tapi...seeloknya la..bagi aku...untuk menaikkan prestasi bola sepak negara ini, bukan sahaja perlu kita berkiblat ke eropah semata mata, mungkin betul kata orang, prestasi bola sepak eropah jauh lebih maju dari kita. Ye ayat tu memang tiada siapa boleh matikan. Tapi....untuk menandingi atau setanding dengan mereka......kita MAMPUKAH?! Itu satu persoalan yang masih belum terjawab sampai sekarang...mungkin betul kita perlu masa....tapi sampai bila? Dan betulkah wujud lagi pemain seperti sekarang dimasa hadapan? Jawapannya TIDAK! Buat masa ni aku rasa merekalah terbaik untuk tempoh 20 tahun skuad kebangsaan kita, tapi jika tidak ditunjukkan laluan yang betul serupa macam sia-sia saje hidup mereka laburkan dalam skuad HARIMAU MALAYA ni...dan mungkin jika salah pilihan jalannya....lenyaplah sudah nanti ngauman harimau kita yang kita sayangi ni? Tetapi andai kita membuka laluan pemain kita untuk perbanyakkan lagi perlawanan persahabatan (bukan dengan kelab negeri2 ea...tapi berstatus A) ataupun memilih untuk bermain dengan kelab luar negara yang mempunyai standard tersendiri...mungkin lebih baik.
Penghantaran pemain negara seperti Syafiq Rahim dan Safee Sali berlatih di Cardiff City mungkin baik..namun corak permainan eropah dengan permainan malaysia AMAT TERJAUH LAH SANGAT BEZANYA....jadi jika kita buang peluh, duit dan keringat kita hantar pemain sekadar ‘berlatih’ disana....baik berlatih di tempat sendiri mungkin lebih baik. Adalah lebih patut jika kita terapkan pemain kita di arena asia sahaja dahulu....jika dilihat negara kuasa asia seperti Jepun, Korea dan China juga mempunyai kelas dan status tersendiri di arena global, dan permainan mereka juga lebih difahami oleh pemain malaysia berbanding eropah yang mementingkan kelincahan dan kekuatan fizikal. Jadi adalah lebih elok jika dihantar bermain untuk LIGA-J ataupun LIGA-K(korea), mungkin jika tidak mampu biasakan diri disana atas sebab perbelanjaan yang tinggi atau bahasa....masih ada lagi alternatif lain seperti bermain di timur tengah. Aku pernah terdengar bahawa coach Ong Kim Swee penah cakap “jurang perbezaan permainan kita dengan timur tengah semakin rapat” mungkin lebih baik kita mulakan dari sana untuk meningkatkan mutu ketahanan dan persembahan pemain kita.
Tapi..itu semua hanyalah cadangan aku sahaja, mungkin FAM selaku badan induk pengurusan bola sepak di negara ini mempunyai perkiraan sendiri dan tidak mendengar luahan rakyat. Yelah..diorang kan lebih profesional...(tu yang sampai dengan kne bedal teruk2 tu kalau lawan team kuat sikit je). Jadi....kita hanya merencanakan rancangan dan jika mereka inginkan mereka boleh melakukannya dan jika tidak...mereka boleh melupakannya. Semangat dan azam aku nak lihat lagu NEGARAKU berkumandang semasa siaran langsung FIFA nanti....sebab tu aku luahkan cerita ni. Takkan lah kita nak tengok TNB Melaka lawan Kelantan FC je tak habis2 ek...bila kita nak tengok Malaysia lawan Jerman ke....Malaysia lawan Spain ke....Malaysia menang lawan Brazil ke..huhu.....so...berubah atau tidak berubah bermula dari sekarang dan secara jujurnya aku mahu perubahan. Sekian sahaja coretan nukilan dan luahan hati dan perasaan dari seorang yang kurang semangat patriotiknya ini. Bertemu lagi dilain masa...assalamualaikum w.t.b.
11 comments:
aku selaku wakil dari FAM(farmasi atok misai) akan membertimbangkan cadangan sang penulis untuk menghantar pemain malaysia ke LIGA-J(liga JUDI)..HAHA
kewak lu!......mane jadah haram kau buat liga cmtu....mengong!
seluruh rakyat Malaysia mmg mengimpikan pasukan Malaysia akan bermain di Piala Dunia...maybe, satu hari nanti..:D
respon 'terharu...' : hehe, anakpun kena ada pasni... hehe
perkembangan bolasepak msia semakin menarik ;)
tambah tensen tadi dengar radio kata ranking malaysia jatuh lagi.pastu team yang negara aku tak pernah dengar pon atas lagi ranking dari malaysia.arghhh
p/s : u r tagged.
http://noruazuran.blogspot.com/2012/03/segmen-blog-reviewing-by-haruko-hana.html
lama tak update..:D
kepada semua...mungkin perubahan yang lebih rancak perlu diteliti oleh FAM agar ranking bolasepak kita lebih menaik...
selamanya harimau malaya.
weeewwwiit !
ingat BOLAT tdi =="
hahahmpeh
ade pulak gitu ek..hahaha
Post a Comment