Saturday 30 July 2011

CERITA TENTANG.....Puasa Diperut, Dimulut Tidak??

Nawaitu saoma ghadin
an ada i fardhi ramadhana
hazihi sanati lillahi taala (2x)

sahaja aku berpuasa esok hari
untuk menunaikan fardhu ramadhan
tahun ini kerana allah

Puasa ertinya menahan diri
dari lapar dan dahaga
juga perkara yang membatalkan
dari terbit fajar sehingga maghrib
(dipetik dan diubahsuai daripada lagu Puasa Dulu Baru Raya, dendangan Raihan)



Assalamualaikum kengkawan,  diam tak diam kite dah masuk bulan pose rupenye yep. Haha...time ni la ramai orang yang mula meracau risau dan pelbagai reaksi lagi timbul akibat kedatangan ramadhan ini. Seperti kita maklum, ramadhan merupakan bulan penuh keberkatan dan kemuliaan. Kali ni aku membentangkan entri dengan agak banyak la hujah agamanye..alaa...biase laa...bulan Ramadan..so kne la slow siket gilenye nih. Ramadhan, dalam bahasa arab juga disebut sebagai “bulan yang panas” memang benar. Sudah ditakdirkan, setiap kali bulan ramadhan, cuaca agak panas...malah bukan itu saje, banyak lagi bende berkaitan dengan panas ini terjadi di bulan ramadhan. Antare kejadian berikut ialah....wujudnye kedai2 menjual kuih muih yang PANAS2 dan murah2, kedatangan orang ke masjid makin ramai macam pisang goreng PANAS....orang bukan islam makan depan kite yang membuat kan kite rase PANAS je semacam ngan orang tu....ade lak lagi dahsyat, umat islam makan sembunyik2 pastu kena tangkap yang membuatkan jabatan agama islam PANAS baran je ngan orang seperti ini. Haha...ape pown terjadi...itu lah lumrah manusia, ade yang baik ade yang buruk. Namun puasa merupakan suatu amalan wajib dilakukan oleh setiap hamba allah yang baligh dan merdeka. Ini kerana ia merupakan perkara yang dituntut dalam rukun islam. 


Puasa juga bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, malah ia juga mendisplinkan diri dengan harapan memperbaiki akhlak kita semasa bulan ramdhan ini. Haaa.....ini la mase terbaik untuk anda yang merokok menghentikan tabiat ini. Selain itu, jika anda rasa anda seorang yang panas baran...(mcm aku laa) seelok-eloknya berbanyakkan bersabar. Ini kerana bersabar itu besar ertinya dalam islam. Jadi....wajarlah bulan ramdhan ini diamati sepenuhnya oleh kita, jangan sia-siakan sebulan berpuasa ini dengan memenuhi bazaar bazaar ramadhan sentiasa, kerana bulan inilah yang banyak member pengampunan, rahmat dan keberkatan kita sepanjang hidup.



Telah berfirman Allah dalam Al-Quran bermaksud, ‘telah diturunkan Al-Quran ini pada bulan ramadhan’. Jelas, sejarah islam iaitu tatkala nabi menerima wahyu pertama di Bukit Nur, Gua Hira’  pada malam 17 ramadhan merupakan titik permulaan dakwah islam kepada umatnya. Pendek kata, agama islam itu sendiri muncul dalam bulan ramadhan ini. Jadi..amat besar ertinya kepada umat islam. Oleh itu, seelok eloknya kita meramaikan masjid2 dengan menunaikan solat terawih, tak kire la imam tu bace laju ke, bace 30 juzuk ke...asalkan niat kite solat kerana Allah. Dan hanya dia saja yang tahu keikhlasan hambanya. Tetapi, jangan pula kita lupa bahawa dalam bulan ramadhan ini juga diturunkan suatu malam yang amat besar. Berfirman Allah dalam Al-Quran lagi bahawa ‘ lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan’. Apakah lailatul qadar itu?? Haha...hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang dapat menerangkan. Ini kerana ia dating dalam pelbagai jenis dan pelbagai ragam. Imam as-syafie pernah meriwayatkan tentang tarikh bila turunnya lailatulqadar ini mengikut hari permulaan puasa. Namun....kita seharusnya mengejar amal ibadat yang penting dahulu dengan keikhlasan...(sekali lagi keikhlasan teruji...haha) jika kita hanya mengharapkan malam lailatulqadar sahaja dan mengabaikan malam malam yang lain....itu pun tak guna jugak...sebab tujuan kita beribadat adalah kerana Allah..bukan keranan nak dapat lailatulqadar. Jadi...terpanggillah saya untuk membetulkan persepsi umat islam ini...walaupun ilmu saya tak setinggi mana...(ye la..amek STPje kowt..tak sama macam amek Diploma atau Asasi..haha)


Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi menjengah komentar saya ini..walaupun membebel entah ape ape jew..tapi mungkin ia membantu anda dalam mencari idea untuk bercerita pade kengkawan, membuat karangan skola...tulis surat pade awek...mahupun berdakwah...dan ucapan akhir saya, AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN!! Assalamualaikum.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

No comments: