kawan, teman, rakan, dan sahabat sering dirujuk kepada seseorang yang begitu rapat serta mengenali diri kita yang bukan daripada ahli keluarga kita sendiri. Kawan juga ialah tempat kita melepaskan apa yang biasanya terpendam dalam benak hati kita yang kadang kadanag ade bodohnye juge......hahahahaha. Seperti yang korang maklum...ni ialah entri pertame aku lepas cerita mengarut entah ape2 yang meraban aritu...aku x rase pown tu citer best..hahaha dan aku rase ni citer pown tak brape nak best sangat....almaklum je lah...aku mane pandai buat citer...
berkenaan dengan kawan tadi, ia mengingatkan aku tentang falsafah bahawa ‘buat apa cari kawan kalau kita tahu bahawa ‘kawan itu suka mengkhianati’, buat apa cari rakan jika kita pasti ‘rakan pasti makan rakan’ serta buat apa berteman kerana ‘teman ketika senang dan sepi ketika sulit’ mengapa tidak mencari sahabat jika kita yakin dan pasti sahabat sejati sentiasa dihati sepanjang hidup mahupun setelah mati. Mungkin korang rasenye tak pernah dengar...(mane tak nye....falsafah aku buat sendiri..hahaha) tapi pandangan aku begitu laaa...
cerite aku nak bawak kali nih mungkin berkisar keadaan setempat jew....biaselah...kite diatas sentiasa melihat kebawah senang nak Nampak katenye....urmmm kalo korang biase gaduh ngan kawan korang, hambik la pengajaran siket dari cerite nih....
“pada suatu hari, ade due orang budak baik pade mulenye, mereka berkawan baik sehingga satu hari mereka punya hubungan retak....yang si ‘A’ nih tak puas hati ngan si ‘B’ dan begitulah sebaliknye. Hendak dijadikan cerite....berlakulah pergaduhan ngan mereka....dush dang dush dang...(aksi lasak tidak boleh digambarkan harap maaf) dan selepas itu hubungan mereka terus menerus dingin.....sekian...haha(kan aku da cakap aku tak reti nak citer)
Jadi...korang rase rase la...patut ke kawan yang dah lame kite kenal pastu dalam beberape hari je kite bley gaduh?? Mesti la semua orang cakap tak patut....sape yang cakap patut tu...hukum tembak je. Ape la korang ni..kite ni hidup bukan dalam hutan, lain spesies lain tempat. Kite nih hidup dibawah satu komuniti yang lestari gitu... kenape kite nak bergaduh sedangkan mungkin itu boleh diselesaikan secara aman.... belajarlah dari sejarah islam dimana ketika perang menakluk Damsyik, Khalifah Umar R.A telah mengutus pesanan supaya disingkirkan jawatan Khalid Al-walid sebagai jendrel perang untuk mengelak dari tentera islam leka dengan kejayaan, maka dilantik oleh beliau Usamah bin Ziyad (kalau tak silap) untuk memimpin, dan sudah diketahui oleh Usamah dah pun...cume Khalid je tak tau lagi, maka dibiarkan Khalid memimpin pasukan tentera islam masuk ke kota Damsyik dan akhirnya kejayaan memihak kepada islam. Lepas itu, barulah Usamah memberitahu Khalid bahawa khabar berita dari Amirul mukminin yang Khalid disingkirkan dari menjadi komanden tentera.....korang tau ape Khalid cakap?? Dengan selamba Khalid menjawab, jika kau memberitahu aku lebih awal, aku rela berjuang dibarisan hadapan demi mendapatkan syahid dari menjadi pemimpin yang memegang amanah besar. Lalu dibalas pula oleh Usamah dengan berkata, “demi tuhan yang menjadikan langit dan bumi, andai aku memberitahu hal demikian kepada engkau sebentar tadi(sebelum perang) nescaya berpecahlah tentera islam dan mudahlah dikalahkan oleh musuh, jadi aku biarkan kau menjadi amir dan merahsiakan kerana aku tidak mahu tentera islam kehilangan pemimpin mereka.
Haaaa.....Moral of the story disini ialah, jike kite bergaduh sesame sendiri, tak mahu berbaik semule...ape akan jadik??kite akan jadik lemah...betul tak...macam sekarang..mungkin korang tak pergi berperang, tapi korang ade yang kerje, ade yang belajar.....yang kerje tu mungkin tak dapat buat kerje dengan mudah kalau bergaduh ngan kawan sekerje sendiri...adik adik yang belajar pulak....ALANGKAH RUGINYA kerana mungkin orang yang kita sangka musuh tu ADA ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK DIKONGSI....so..bila korang gaduh ngan kawan korang...maka hilang la ilmu tu......
AKHIR KALAM, bak lagu ramli sarip.....”aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih...pada sesame insan, yang mengharapkan kasih saying-MU....kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan”...(dipetik dan diubahsuai dari lagu BUKAN KERNA NAMA) korang ada akal, korang juga ada otak, beza antara manusia dengan makhluk makhluk lain mestilah korang ni diberi AKAL FIKIRAN yang mampu membezakan baik buruk. Yang buruk tu jadikan sempadan yang baik tu jadilah pegangan...(habis rosak bahase melayu dikejekan aku...hahaha) kalau kite sendiri dah berpecah belah, sape yang untung akhhirnye?? Nak ke kene jajah lagi 446 tahun??kalau berani cube lah....aku yakin dan pasti la korang mesti melalak giler punye. Dan dikesempatan ini aku menyeru kepada diri aku dan kawan kawan aku serta sahabat handai untuk bersama sama korang bersatu...tak salah kita berbeza pendapat kerana itu mematangkan minda, tapi kalau korang nak membezakan pengaruh, kuasa dan darjat...baik pergi M*** laaa.....tak guna hidup kalau dah gitu jadiknye......sekian sahaje persembahan aku yang tak seberapa ini....Assalamualaikum..
Kenangan bersama kawan mungkin berlaku sekali dalam seumur hidup,
berbaiklah dengan mereka sementara masih sempat.
++ Alfatihah kepada kawan kawan kita yang telah menghadap ilahi semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh, jika ada kesilapan yang mereka pernah lakukan...maafkan sajalah kerana itu lebih baik!
4 comments:
it's just the way of people thinking.
nurture positive attitude and mindset.
that's what we need actually.
p/s;
uhhh, i miss my friend ;(
suke entry ni..
sal kwan..
:)
trimas everybody....
Mrs Hani Madu, i like ur statement but sometimes we need to show it on a right place.....not juz keep it on our heart
Cik Nazatul Lya: terima kasih dengan kata kata anda, saya menganggapnya sebagai satu pujian batu loncatan
Post a Comment