Saturday, 21 July 2012

KISAH: SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak. terdahulu aku menyusun ampun maaf sepuluh jari kerana sering mengabaikan blog aku yang cun melecun ni dan mengabaikan koroang gak selaku pembaca. Apa boleh buat...memang manusia sikap begitu...tapi manusia masih boleh mengubah sikap jugak..betul kan kawan-kawan...hohohohoho....

Stori mori hari ini aku nak bawak tentang solat terawih....well....umum tau yang solat terawih ni dilakukan pada bulan ramadhan sahaja....kau carik la dari bulan syawal sampai bulan syaaban....kalau kau jumpe solat terawih..aku jamin kat kau orang aku potong jari tengah aku laaa.....hahahaa. Tapi umum jugak tak berapa nak tahu sejarah sebenar solat terawih ni dan kenapa banyak sangat rakaat nak sembahyang. Untuk menjelaskannya....aku akan ceritakan serba ringkas kat kau orang sebagai kongsi ilmu dan maklumat di bulan yang mulia ini.



Terawih bermaksud "berehat-rehat" ataupun "bersenang-senang" hanya dibahaskan pada solat tersebut untuk merujuk perjalanan solatnya yang sebenarnya tidak terlalu mendesak. Erti kata lain ialah...solat terawih yang sebenar dilakukan dan diselangi dengan rehat sebentar kemudian diteruskan lagi.....begitulah erti kata sebenar terawih ni....kadang kandang kita yang tak faham sebenarnya....sebab tu ada sebahagian tempat menunaikan solat terawih dan selepas 4 rakaat diselangi dengan tazkirah pendek....ia bagi mengelakkan makmum berasa penat sebenarnya.


Pada zaman rasulullah, solat terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja namun perjalanan solat terawih itu sebenarnya 1/3 malam.....(malam dikira daripada waktu maghrib sehingga azan subuh) ia boleh dibuktikan dengan hadis daripada Aisyah r.a “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.”. Namun baginda tidak mewajibkan solat tersebut seperti hadis berikut, Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” 


Namun setelah baginda wafat, amirul mukminin ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khattab telah menambahkan rakaat solat tersebut kepada 20 rakaat disudahi dengan 3 rakaat witir. Hal ini dilakukan oleh Umar kerana ijtihadnya berpendapan bahawa umat islam dizaman beliau tidak lagi keberatan menunaikan solat sunat terawih ini. Dan jumlah rakaat itu kekal sehingga sekarang....namun kenapa kita nak kejar yang 8 rakaat sahaja yang kononnya ikut sunnah (tapi lain tak ikut pun sunnah). Nabi sendiri pernah menggalakkan umatnya melebihkan amalan ketika berpuasa dibulan ramadhan...maka wajarlah kita beribadat lebih....lagi molek jika kita tambah dengan qiamulail pada waktu malam...sebab didalam 30 hari bulan ramadhan ini, adanya terdapat 1 hari yang dinamakan "LAILATUL QADR" yang darjatnya lebih dari 1000 bulan...jadi....kejarlah malam tersebut untuk kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.


Rasulullah juga menceritakan bahawa solat terawih ini mempunyai kelebihan dalam hadis berikut, Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Oleh itu kawan-kawan....kita sama-sama kejar pahala dan banyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini....boleh kalau nak kejar hari raya..tapi berpada-pada lah...jangan sampai puasa pun tak cukup tapi raya nak sakan...huhu...wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....sekian.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 12 June 2012

LAPORAN KHAS: SEKITAR HIMPUNAN MENJUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA KEBAWAH DYMM SULTAN JOHOR.

Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera. Terlebih dahulu aku ingin berkongsikan apa yang aku lalui semasa menghadiri perhimpunan MENJUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA KEBAWAH DYMM SULTAN JOHOR ini khas buat anda semua. 


Ok geng, pada 10 jun yang lalu, bertempat di Istana Pasir Pelangi, aku dan hampir 30000 rakyat jelata (anggaran) berhimpun untuk menzahirkan taat setia kepada sultan aku iaitu A'BDAKAL HARITHAH BI SYARIATIQ SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR iaitu sultan dan yang dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk johor darul takzim. Hal ini berkaitan tentang beberapa isu yang agak kepolitikan tetapi aku malas nak ulas pasal isu tu sebab jaminan aku TIADA POLITIK DALAM BLOG INI. 
ni yang dapat diambil di dataran istana, masih ramai lagi sepanjang laluan masuk istana..xsempat la nak ambik

Agak terharu rasanya bila aku berpeluang mengambil gambar dari jarak dekat walaupun hanya menggunakan camera handphone sahaja...tetapi aku masih berpeluang berdiri di posisi bersama ahli media yang lain2..(masing2 pakai DSLR dan Handycam). Dan paling menyentuh hati aku ialah baginda sendiri sebak dengan sambutan menggalakkan dari rakyat johor yang sanggup bertandang walaupun panas. Tu hal kawan x bohong laa..sebab kawan sendiri tengok der!!...Dato Noh bin Gadut pun turut menahan sebak sebab rata2 rakyat sanggup datang untuk mempertahankan AGAMA BANGSA DAN NEGARA dari terus dihenyak dan dirobek oleh pihak tak bertanggungjawab ni.
nasib baik aku sempat ambik gambar ni...sebenarnya Dato Noh Gadut tengah menangis ni tau


Suka aku nak ingatkan kepada semua tentang titah baginda yang meminta rakyat negeri baginda bersatu padu tanpa memikirkan ideologi yang berlainan. Hal ini kerana, mengambil dari kata2 Almarhum Sultan Iskandar dulu " lidi sebatang senang nak patah, lidi seikat susah nak patah". Jadi....fikirkan positif dan jangan sentiasa mencurigai antara satu sama lain.


Mengikut sejarah, Negeri Johor dan Kesultanannya amat kontroversi sekali. Jika kita melihat sejarah semula, rakyat johor pertama kali berhimpun demi raja sebenarnya bermula pada 1946 lagi dimana setelah Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur dipaksa menandatangani penubuhan Malayan Union di Istana Besar. Mengikut cerita, rakyat johor berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar bagi menggulingkan Sultan Ibrahim ketika itu dengan alasan baginda telah mengkhianati Undang Undang tubuh Negeri, tetapi mujurlah Dato Onn Jaffar ketika itu datang meredakan keadaan dan menceritakan hal sebenar agar rakyat terus mentaati Sultan selaku ketua negeri dan ketua agama. Seterusnya semasa bantahan Malayan Union di seluruh negara pada lewat 1947 (kalau xsilap) yang mana beribu ribu orang segak berpakaian serba putih dan songkok berlilit putih (berkabung) melaungkan DAULAT TUANKU! untuk menunjukkan mereka membantah Malayan Union yang memaksa Sultan menandatangani perjanjian tanpa berbincang. Pada masa ini rakyat sanggup bermati-matian untuk mempertahankan institusi beraja agar agama terpelihara, rakyat kekal sejahtera.


Berbalik pada perhimpunan tadi, sebenarnya terdapat juga provokasi yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan "sipolan" yang telah memburukkan nama sultan kita. Kes ini ialah kes ke-3 yang berlaku melibatkan sultan dan negeri. Pertama ketika Almarhum Sultan Iskandar mangkat, dimana ada pulak bloger yang memburukkan baginda...(korang tau sendiri laa), yang kedua kes dimana seorang ADUN merangkap Ahli Parlimen dan merangkap pentadbir di sebuah negeri utara menuduh bahawa "negeri johor tidak selamat untuk pelaburan", dan terbaru kes "sipolan" yang menuduh sultan memakan duit rakyat dengan membida numbor pendaftaran kereta WWW1 dengan harga tertinggi.
sempat pose ngan Dato Noh Gadut..huhu..gumbire!! kalau korang perasan kat beranda istana tu ade kereta jingga...tu la WWW1 yang dikatakan...huhu
Sebenarnya...provokasi sedemikian rasanya tidak perlu. Hal ini disebabkan kita berurusan tentang hal raja kita, maka kita hanya perlu dengar lihat dan cakap tentang raja kita sahaja...tak perlu libatkan pihak lain. Dan mujur ketika ditegur oleh pihak penganjur tentang ayat2 provokasi tersebut dan posternya sekali...mereka tidak meneruskan provokasi tersebut. Perkara ini wajar dicontohi berbanding dengan satu lagi perhimpunan 'NGO' yang kononnya membawa imej baik dan berakhir dengan begitu buruk. Tak mo la den cakap pasal apa...ekau tau sendiri je laa....

Akhirkata, biar apa mereka buat, biar apa mereka kata, biar apa mereka ucap dan bair apa mereka post kat blog mahupun tweet. AKU TETAP MENYOKONG SULTAN AKU dan aku jugak tak malu untuk mempertahankan institusi diraja johor ini. Semoga kekal sehingga keakhirnya. Amin!


DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum w.t.b



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 14 April 2012

TITANIC: KUASA TUHAN VS KEANGKUHAN MANUSIA


Di saat aku menulis ini dalam masa 100 tahun dahulu sedang berlakunya proses penenggelaman kapal mewah RMS Titanic yang karam di lautan Atlantik setelah berlanggar dengan ketulan ais yang besar pada pukul  11.40PM tanggal 14 April 1912. Kapal yang digelarkan “God himself cannot sink this ship” oleh Billy Zane dalam filem Titanic 1997 akhirnya karam jua akibat daripada kemasukan air yang berlebihan kedalam tangki apungan kapal tersebut. (untuk makluman, sir Thomas Andrew yang mencipta kapal ini menyatakan bahawa kapal ini mampu terapung sekiranya air yang masuk kedalam kapal tidak melebihi mana-mana 4 daripada 8 tangki apungan. Ia sekaligus membuatkan kapal ini ‘hampir tidak boleh tenggelam’)


Cerita yang nak diketengahkan disini lebih berkisar daripada rujukan filem Titanic lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet yang begitu berjaya menambat hati penonton seantero dunia ketika itu. Filem yang memaparkan kisah pelayaran sulung sebuah kapal termewah dan tercanggih ketika itu yang mana akhirnya menjadi pusara kepada lebih 1500 penumpang dan anak kapalnya. Selain itu ia juga menggambarkan sikap manusia yang tamak, pentingkan darjat, lupa diri dan mementingkan diri sendiri sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan diri mereka trlepas daripada bahaya.


Mengikut statistik yang telah saya lihat di Wikipedia, hanya 324 penumpang di bahagian Kelas Pertama, 284 penumpang dalam Kelas Kedua dan 709 penumpang lainya dalam Kelas Ketiga. Namun jumlah yang terselamat hanya seramai 705 orang termasuk krew kapal dan sebahagian besar penumpang yang terselamat ialah wanita dan kanak-kanak sahaja. Hal ini kerana pihak berkuasa kapal atas arahan Captain Smith telah menegaskan bahawa hanya wanita dan kanak-kanak dibenarkan dahulu menaiki boat yang mana hanya mampu muat untuk separuh daripada jumlah penumpang. Manakala lelaki diperlukan  hanya apabila tiada wanita lagi menaiki boat ataupun untuk menjadi pendayung boat. Jika kita melihat semula adegan dimana penumpang diminta memasuki boat terutamanya penumpang kelas pertama, kita akan mendengar beberapa penumpang berkata bahawa menaiki boat keselamatan hanya sebagai memenuhi syarat kecemasan syarikat sahaja dan mereka percaya esok pagi mereka akan bersarapan di dalam kapal semula, ada juga mengatakan bahawa krew kapal bodoh kerana memanggil mereka menaiki boat dalam cuaca yang sejuk (-2C). Hal ini membuktikan mereka ialah seorang yang angkuh dan pentingkan diri mereka sendiri (perkara biasa dalam masyarakat kelas pertama dahulu, kini dan selamanya(mungkin) )


Seterusnya kita melihat pula keadaan dimana mereka berasak rasak menaiki boat semasa kapal mulai condong. Dari adengan itu kita dapat melihat ramai dikalangan mereka terlalu mementingkan keselesaan dimana buktinya ialah boat pertama dilepaskan ialah boat yang ke-7 hanya memuatkan 28 orang sahaja sedangkan muatan sebenar mampu menampung sebanyak 65-68 orang setelah diuji di pelabuhan Balfast. Hal ini kerana ramai dikalangan mereka ‘bersembunyi di dalam kapal akibat cuaca sejuk dan ada juga menyatakan bahawa jika terlalu ramai naik akan menyebabkan boat terbalik. Oleh itu boat terpaksa dilepaskan walaupun kekurangan penumpang. Begitu juga dengan beberapa boat yang mengalami nasib yang serupa dengan hanya 28 penumpang sahaja yang menaiki boat dan ada juga boat yang hanya berlepas dengan hanya 12 penumpang diatasnya. Sikap pentingkan diri mereka ini menyebabkan lebih ramai terkorban walaupun mereka terselamat.


Keseluruhan yang dapat dipelajari daripada RMS Titanic ini, kita sebagai manusia biasa seharusnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan takdir yang kita dapat. Jangan pula kita hanya menerima tetapi sebaliknya kita seharusnya sanggup berkorban untuk member dan menerima sesuatu baik takdir, nasib dan kehendak. Hal ini patut dipelajari dari setiap insan terutamanya baru-baru ini sebuk nak berpiket (perhimpunan aman) kononnya nak mansuhkan pinjaman PTPTN yang membebankan itu. Cara yang diketengahkan itu amat salah sekali baik dari segi undang-undang mahupun adat, kerana..anda diberi pinjaman dan sewajarnya anda pulangkan wang yang telah anda pinjam. Mungkin anda merasakan bahawa kadar pembayaran terlalu tinggi...tak mengapa anda boleh meminta supaya dikenakan sistem yang lebih baru dimana kadar bayaran tidak akan naik setiap tahun dan dalam satu harga seperti sistem muamalat (perbankan islam) dimana sekiranya anda meminjam RM20000, anda hanya mendapat RM18600 dan RM1400 lagi caj perkhidmatan dan keuntungan bank....ataupun anda meminjam RM20000 dan membayar semula RM21400. Elakkan dari sifat pentingkan diri sendiri dan elakkan dari sifat tamak, kerana sekali anda bersifat tamak dan pentingkan diri sendiri seolah-olah anda telah membunuh 10 orang yang perlukan pembelaan. Hal ini boleh dipelajari daripada peristiwa RMS Titanic yang mana penumpang yang sepatutnya selamat ialah seramai 1100 orang tetapi hanya 705 orang sahaja terselamat akibat mereka terlalu mementingkan keselesaan dan terlalu tamakkan kehidupan dan kekayaan mereka. Belajar dari kesilapan lalu dan bukan dari setiap apa yang kita dengar. Sekian...Wassalam


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 8 March 2012

selamat hari lahir


assalamualaikum . 


tulisan pertama aku disini as admin blog. =)

entry kali ni adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat admin bersama , incik taufiq zaidin atas kelahiran ke dunia ni. umur? errr, sila tanya beliau sendiri. ucapan saya fatiah yadz kepada encik taufiq : 

selamat hari tua. 
hope kamu sentiasa happy2 selalu. 
sentiasa dimurahkan rezeki and dipermudahkan segala urusan dalam hidup. amin.

 bufday boy...  gua cilok gambar fb beliau jek. okbai

ok, bercakap mengenai hari jadi ni, aku pernah terbaca dekat beberapa blog yang menulis tentang halal harammnya menyambut hari jadi. ada blog yang mengatakan haram untuk umat islam menyambut hari jadi dengan memotong kek dan meniup lilin. kerana menurut mereka, itu adalah cara orang yahudi meraikan kemenangan mereka dalam menjatuhkan negara islam. 

but then, aku ada bertanya pada ma aku, and baca beberapa blog islamik. menurut ma aku, and  blog islam, seeloknya sambut hari lahir dengan kenduri doa selamat dan berpuasa. tentang haramnya memotong kek tu, wallahualam. tetapi memurut pandangan beberapa ilmuan islam, memotong kek dan meniup lilin itu tidak ada kaitan dengan harammnya menyambut hari lahir. kek yang dipotong umpama dunia islam yang terkubur dan lilin yang ditiup umpama cahaya islam yang terpadam. 

semua ini tidak berkaitan dengan niat kita menyambut hari lahir. kita sendiri tahu cahaya islam adalah nur yang bukan hakiki, tetapi maknawi. Nur islam bukan lah sesuatu yang mudah dipadam seperti meniup lilin. tambahan , niat kita menyambut hari lahir adalah untuk melahirkan rasa kesyukuran, di atas kesempatan bernafas di dunia ni. sama macam kita menyambut hari ibu, kan? 

till then. wassalam.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 29 February 2012

KISAH: BOLA ITU BULAT


Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera kepada semua. Mungkin setelah 2 bulan menyepi dari menaip...ini kali pertama aku menulis entry yang agak berlainan dari gaya aku. Yes....sesiapa yang kenal aku, aku ni bukanlah hebat dalam bersukan mahupun mengulas isu-isu sukan....tapi apa aku boleh buat...macam biasa, duduk, lihat dan fikir kemudian cari penyelesaian terbaik atau mungkin terbaik. Hah...lupa aku nak memberitahu kalian semua, blog kami telah menambah keahlian blogger...hahaha....orang ni bukan calang2 tau...FATIAH YADZ tu mempunyai kehebatan tersendiri baik dilensa mahupun di blog. Anyway....COOL BLOG pown sedap!!hahahaha....(tapi aritu aku termuntah2 sebab aku xpernah minum bende tuh...yuks!).


Jangan lari topik wahai penulis! Yep....cerita yang nak disampaikan ni berkaitan dengan isu bola sepak negara. Hahaha....aku terdengar yang  pasukan bola sepak negara a.k.a HARIMAU MALAYA ni sedang meningkat naik...dari juara Sukan SEA 2009, Juara Piala Suzuki AFF 2010 dan juga juara Sukan SEA 2009. Wah gah sungguh namanya tu....lepas aku kaji dan lihat sendiri kat youtube.....memang tak salah lagi prestasi permainan HARIMAU MALAYA ni semakin baik. Aku ingat macam mana aku pernah benci skuad negara dulu kalau tak silap masa perlawanan Piala Tiger 2002 kowt......masa tu lawan kat Stadium Gelora Bong Karno antara Malaysia dan Indonesia.....punyalah susah team kita nak dapat goal pertama dan akhirnya Khalid Jamlus (kalau tak silap laa) menjaringkan goal pertama Malaysia.....TAPI yang lagi hebat tu....indon boleh belasah balik kita dengan 4 goal dalam masa 45 minit....pergh!! sejak dari tu la aku benci tengok bola sepak malaysia nih....hahahaha,....(patut la aku tak pandai main bola!)

ni masa zaman allahyarham Datuk Mokhtar Dahari punya team....classic x?huhu

Tapi...seeloknya la..bagi aku...untuk menaikkan prestasi bola sepak negara ini, bukan sahaja perlu kita berkiblat ke eropah semata mata, mungkin betul kata orang, prestasi bola sepak eropah jauh lebih maju dari kita. Ye ayat tu memang tiada siapa boleh matikan. Tapi....untuk menandingi atau setanding dengan mereka......kita MAMPUKAH?! Itu satu persoalan yang masih belum terjawab sampai sekarang...mungkin betul kita perlu masa....tapi sampai bila? Dan betulkah wujud lagi pemain seperti sekarang dimasa hadapan? Jawapannya TIDAK! Buat masa ni aku rasa merekalah terbaik untuk tempoh 20 tahun skuad kebangsaan kita, tapi jika tidak ditunjukkan laluan yang betul  serupa macam sia-sia saje hidup mereka laburkan dalam skuad HARIMAU MALAYA ni...dan mungkin jika salah pilihan jalannya....lenyaplah sudah nanti ngauman harimau kita yang kita sayangi ni? Tetapi andai kita membuka laluan pemain kita untuk perbanyakkan lagi perlawanan persahabatan (bukan dengan kelab negeri2 ea...tapi berstatus A) ataupun memilih untuk bermain dengan kelab luar negara yang mempunyai standard tersendiri...mungkin lebih baik.


Penghantaran pemain negara seperti Syafiq Rahim dan Safee Sali berlatih di Cardiff City mungkin baik..namun corak permainan eropah dengan permainan malaysia AMAT TERJAUH LAH SANGAT BEZANYA....jadi jika kita buang peluh, duit dan keringat kita hantar pemain sekadar ‘berlatih’ disana....baik berlatih di tempat sendiri mungkin lebih baik. Adalah lebih patut jika kita terapkan pemain kita di arena asia sahaja dahulu....jika dilihat negara kuasa asia seperti Jepun, Korea dan China juga mempunyai kelas dan status tersendiri di arena global, dan permainan mereka juga lebih difahami oleh pemain malaysia berbanding eropah yang mementingkan kelincahan dan kekuatan fizikal. Jadi adalah lebih elok jika dihantar bermain untuk LIGA-J ataupun LIGA-K(korea), mungkin jika tidak mampu biasakan diri disana atas sebab perbelanjaan yang tinggi atau bahasa....masih ada lagi alternatif lain seperti bermain di timur tengah. Aku pernah terdengar bahawa coach Ong Kim Swee penah cakap “jurang perbezaan permainan kita dengan timur tengah semakin rapat” mungkin lebih baik kita mulakan dari sana untuk meningkatkan mutu ketahanan dan persembahan pemain kita.












Tapi..itu semua hanyalah cadangan aku sahaja, mungkin FAM selaku badan induk pengurusan bola sepak di negara ini mempunyai perkiraan sendiri dan tidak mendengar luahan rakyat. Yelah..diorang kan lebih profesional...(tu yang sampai dengan kne bedal teruk2 tu kalau lawan team kuat sikit je). Jadi....kita hanya merencanakan rancangan dan jika mereka inginkan mereka boleh melakukannya dan jika tidak...mereka boleh melupakannya. Semangat dan azam aku nak lihat lagu NEGARAKU berkumandang semasa siaran langsung FIFA nanti....sebab tu aku luahkan cerita ni. Takkan lah kita nak tengok TNB Melaka lawan Kelantan FC je tak habis2 ek...bila kita nak tengok Malaysia lawan Jerman ke....Malaysia lawan Spain ke....Malaysia menang lawan Brazil ke..huhu.....so...berubah atau tidak berubah bermula dari sekarang dan secara jujurnya aku mahu perubahan. Sekian sahaja coretan nukilan dan luahan hati dan perasaan dari seorang yang kurang semangat patriotiknya ini. Bertemu lagi dilain masa...assalamualaikum w.t.b.
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment