Stori mori hari ini aku nak bawak tentang solat terawih....well....umum tau yang solat terawih ni dilakukan pada bulan ramadhan sahaja....kau carik la dari bulan syawal sampai bulan syaaban....kalau kau jumpe solat terawih..aku jamin kat kau orang aku potong jari tengah aku laaa.....hahahaa. Tapi umum jugak tak berapa nak tahu sejarah sebenar solat terawih ni dan kenapa banyak sangat rakaat nak sembahyang. Untuk menjelaskannya....aku akan ceritakan serba ringkas kat kau orang sebagai kongsi ilmu dan maklumat di bulan yang mulia ini.
Terawih bermaksud "berehat-rehat" ataupun "bersenang-senang" hanya dibahaskan pada solat tersebut untuk merujuk perjalanan solatnya yang sebenarnya tidak terlalu mendesak. Erti kata lain ialah...solat terawih yang sebenar dilakukan dan diselangi dengan rehat sebentar kemudian diteruskan lagi.....begitulah erti kata sebenar terawih ni....kadang kandang kita yang tak faham sebenarnya....sebab tu ada sebahagian tempat menunaikan solat terawih dan selepas 4 rakaat diselangi dengan tazkirah pendek....ia bagi mengelakkan makmum berasa penat sebenarnya.
Pada zaman rasulullah, solat terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja namun perjalanan solat terawih itu sebenarnya 1/3 malam.....(malam dikira daripada waktu maghrib sehingga azan subuh) ia boleh dibuktikan dengan hadis daripada Aisyah r.a “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.”. Namun baginda tidak mewajibkan solat tersebut seperti hadis berikut, Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Namun setelah baginda wafat, amirul mukminin ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khattab telah menambahkan rakaat solat tersebut kepada 20 rakaat disudahi dengan 3 rakaat witir. Hal ini dilakukan oleh Umar kerana ijtihadnya berpendapan bahawa umat islam dizaman beliau tidak lagi keberatan menunaikan solat sunat terawih ini. Dan jumlah rakaat itu kekal sehingga sekarang....namun kenapa kita nak kejar yang 8 rakaat sahaja yang kononnya ikut sunnah (tapi lain tak ikut pun sunnah). Nabi sendiri pernah menggalakkan umatnya melebihkan amalan ketika berpuasa dibulan ramadhan...maka wajarlah kita beribadat lebih....lagi molek jika kita tambah dengan qiamulail pada waktu malam...sebab didalam 30 hari bulan ramadhan ini, adanya terdapat 1 hari yang dinamakan "LAILATUL QADR" yang darjatnya lebih dari 1000 bulan...jadi....kejarlah malam tersebut untuk kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.
Rasulullah juga menceritakan bahawa solat terawih ini mempunyai kelebihan dalam hadis berikut, Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
Oleh itu kawan-kawan....kita sama-sama kejar pahala dan banyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini....boleh kalau nak kejar hari raya..tapi berpada-pada lah...jangan sampai puasa pun tak cukup tapi raya nak sakan...huhu...wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....sekian.
No comments:
Post a Comment