Saturday, 31 December 2011

CERITA TENTANG.....Tahun demi tahun perubahan berlaku



Bertemu kite lagi dalam entry baru yang rasenye untuk kali terakhir dalam tahun 2011 ni. Sebelum tu...aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada kalian yang  mana pada tahun ini genaplah tahun yang ke 2012...bercakap mengenai tahun 2011 yang akan berlalu ini. Suka aku nak kongsi cerita dengan korang macam mana bermulanya tahun 2011 untuk aku dan macammana berakhirnya tahun ini untuk aku. Memang tak dinafikan tahun ini boleh dikatakan tahun yang agak tidak menentu baik dari sudut ekonomi dan politik..juga dari sudut sosial. Begitu juga dengan hidup aku.


Mulanya begini, 2011 aku bermula dengan jatuh! Namun berkat sokongan kawan2....sahabat2....rakan2....guru2 yang mengetahui kebenaran dan lain2 membuatkan aku berusaha untuk kembali naik dan meninggalkan perkara yang lepas tanpa memandang kebelakang...(kalau nak tau...memang betol2 aku tinggalkan perkara yang lepas...tak fikir ape dah..nak jadik jadik lah!). akhirnya...sungguh tak ku sangka, tahun yang aku rasakan seperti kehidupan yang celaka tu nampaknya berjaya membuahkan sedikit kemanisan dalam hidupku...sedikit demi sedikit nasibku berubah....aku berjaya bangun dari kelompok kebinasaan yang memang mengarut lah kalau nak fikir balik dan aku berusaha untuk mengekalkan kemanisan hidup aku sehingga keakhirnya. Aku amat bersyukur kerana sepanjang aku berada di bangku persekolahan tingkatan enam ini aku mempunyai ramai kawan yang masing2 mempunyai ragam dan sikap yang berbeza serta masing2 memahami erti seorang kawan. Suka aku nak bagitahu, korang jangan pandang seseorang yang keras hati tu sebagai lawan tetapi anggaplah mereka tu sebagai kawan kerana mereka jugak punya hati dan perasaan serta mereka tahu apa yang mereka lakukan. Kita Cuma boleh memberi nasihat dan memerhati sahaja...selebihnya biarlah mereka tentukan.

Berbalik semula cerita asal...tahun 2011 ini juga banyak mengajar aku erti kesabaran dan keyakinan diri. Aku teringat tatkala kelas aku nak buat jamuan, macam2 kerenah aku lalui...dari yang tak boleh bagi kerjasama, bergaduh dalam kelas, sampaikan bab makanan pun menjadi isu....tu belum ketika majlis berjalan lagi....selepas majlis berjalan jugak ade kesah tersendiri. Tuhan saje yang tahu macam mana aku menghadapinya, kalau bukan kerana segelintir kawan2 yang terus menerus memberi pandangan dan sokongan juga kalau bukan kerana guru2 yang aku dah anggap macam mak angkat tu memberi nasihat....dah tentu lah aku tak seperti yang korang lihat sekarang. Bersyukur aku kehadrat ilahi kerana mengurniakan aku pengalaman ini yang mustahil aku peroleh jika aku tidak masuk tingkatan enam. Hahaha.....mungkin korang ingat aku tulis ni untuk tingkatan enam je kan? Tak laa....sebab ni aku tulis cerita pasal aku. So..korang jangan la kecik hati.....ade mase aku tulis lak cerita lain.

Walaubagaimanapun, sepanjang perjalanan penuh mencabar 2011 ini, aku terasa sungguh kerdil melihat kekuasaan demi kekuasaan yang tuhan turunkan kepada alam. Awal tahun lalu kita digemparkan dengan banjir di Johor serta Tsunami di Jepun. Tak cukup dengan itu....tragedi tanah runtuh yang menimbuskan sebuah rumah anak2 yatim di Klang serta ribut demi ribut yang melanda di Filiphina. Dan tak lupa juga bencana yang menyerang negara periuk nasi Asia iaitu banjir di Thailand yang mana umum mengetahui bahawa Thailand merupakan pengeluar beras terbesar dunia. Jadi....sebagai manusia yang mempercayai kewujudan tuhan...lihatlah alam dan renungkanlah diri. Tuhan menurunkan bencana itu bukan sebab tuhan tidak menyukai sesuatu puak atau sesuatu bangsa, tetapi tuhan menurunkan bencana itu adalah untuk meminta seluruh manusia bantu membantu dan berkerjasama. Sebab itu pepatah melayu selalu menyebut “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.


Akhir kalam aku berasa gembira sekali kerana kehadiran tahun 2012 kali ini disambut dengan beberapa benda baru...antaranya hehehe....(bangge diri la plak mamat nih)....handset baru wok!! Sony ericsson XPERIA ACTIVE!!! Baru je angkat pada pukul 5.30ptg waktu malaysia pada tanggal 31 disember 2011. Selain itu....aku jugak mulai tahun depan bukan lagi bertitle budak sekolah dan tidak memakai pakaian sekolah lagi..huhu..kurang2 leh aku bagi mangse banjir baju2 skolah aku tu ek...huhuhuh....selain tu....urmm...rasenye biarlah aku dan segelintir manusia sahaja yang tahu....tak perlulah nak heboh2 sgt semua perkara ek...hahaha....akhir kata sambutlah salam tahun baru aku dengan ASSALAMUALAIKUM.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 27 December 2011

CERITA TENTANG.....Tsunami, musibah yang memberi makna


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Dah lama jari jemari aku tidak mendambakan penulisan demi penulisan diatas para keyboard yang indah ini, akhirnya aku kembali dengan matlamat yang satu iaitu BERKONGSI CERITA DISEBALIK PANDANGAN. Urmm...ayat macam ni aku tak pernah guna untuk buat karangan..tapi..demi korang aku guna je laa. Biasela... manusia boleh berubah ubah kot..begitu jugak musim kadang kala berubah...time tu la keluar cerita AUTUMN IN MY HEART la...WINTER SONATA laaa..dan banyak lagi laa...hahaa namun begitu,  ade jugak benda yang boleh berubah selain daripada manusia dan musim...iaitu BUMI. Umum mengetahui sekarang ini heboh diperkatakan tentang pemanasan global yang jangkaannya akan menenggelamkan  seluruh permukaan bumi yang kurang daripada 60meter jika pemanasan global berterusan. Pakar geologi Malaysia jugak ade membuat andaian bahawa Daerah Batu Pahat , Johor dah Pekan di Pahang akan tenggelam dari peta bumi dalam tempoh 100 tahun!! Benarkah?. Namun bukan itu persoalannya sekarang....sebenarnya tajuk yang hendak diketengahkan pada hari ini berkisar tentang malapetaka TSUNAMI ACHEH yang melanda 11 buah Negara diseluruh dunia pada tanggal 26 disember 2004. Bergegarlah seluruh media massa time tuh tentang bencana ini yang rasanya lebih sebulan kowt cerita pasal tsunami je keluar kat TV.....tapi aku suka gak tengok time tuh sebab nak mengetahui keadaan dari masa ke semasa.


Tsunami yang melanda Pantai Acheh pada tanggal 26 disember 2004 lalu menyebabkan kehilangan lebih 168000 nyawa di seluruh kepulauan Sumatra sahaja manakala lebih 250000 nyawa untuk keseluruhannya. Jumlah ini menjadikan ianya sebagai sebuah bencana yang lebih dikenali sebagai THE GREATER DISASTER OF THIS CENTURY. Apa yang aku paham...bencana ini berlaku akibat daripada pergerakan plat tektonik bawah laut yang menolak salah satu plat yang lebih lembut. Pergerakan bawah laut ini sukar dikesan namun dirasai apabila 25 minit sebelum ombak tsunami berlabuh (tsunami berlaku pada pukul 8.13 pagi waktu sumatera barat) berlaku suatu gegaran gempa bumi berukuran skala 9.1 richer. Hal ini ditambah lagi dengan kedudukan titik tsunami yang dekat dari daratan menyebabkan ramai tidak sempat melarikan diri. Dengan itu..tidak mustahil angka korban sebanyak itu dan mengikut rekod Indonesia...seramai hampir 100000 lagi orang dilaporkan hilang selepas tsunami itu. Ada juga sehingga sekarang masih tidak dijumpai mayatnya ataupun hilang tanpa dikesan. Namun itu bukanlah penamat bagi Nanggroe Acheh Darussalam itu kerana bencana yang dikatakan KIAMAT kecil itu mendatangkan kebaikan kepada penduduk Acheh sehingga kini. Perang saudara yang berlaku selama lebih 30 tahun akhirnya Berjaya ditamatkan dan sekarang Achehlah satu-satunya negeri yang mengamalkan undang-undang islam secara sederhana.



Banyak lagi boleh diperincikan tentang peristiwa hitam tersebut. Namun sebagai manusia kita harus beringat bahawa hidupini ibaratkan seperti roda, dikala kita diatas ada juga insane dibawah dan dikala kita dibawah percayalah suatu hari nanti kita juga berada diatas. Oleh itu...jangan bersikap tidak reti bersyukur dengan apa yang kita peroleh dari tanah bertuah ini. Mungkin ada kurangnya tetapi ingat ada lagi insan yang lebih kekurangan dari kita. Dan sebelum berundur renungkanlah maksud ayat alquran berikut.


“dan apabila kamu ditimpa musibah, maka ucapkanlah daripada Allah kita datang dan dari-Nyalah kita akan dikembalikan (innalillahiwainnailaihirojiunn)”


BENARLAH KATA-KATA ALLAH YANG MAHA AGUNG

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment