assalamualaikum .
tulisan pertama aku disini as admin blog. =)
entry kali ni adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir buat admin bersama , incik taufiq zaidin atas kelahiran ke dunia ni. umur? errr, sila tanya beliau sendiri. ucapan saya fatiah yadz kepada encik taufiq :
► selamat hari tua.
► hope kamu sentiasa happy2 selalu.
► sentiasa dimurahkan rezeki and dipermudahkan segala urusan dalam hidup. amin.
bufday boy... gua cilok gambar fb beliau jek. okbai
ok, bercakap mengenai hari jadi ni, aku pernah terbaca dekat beberapa blog yang menulis tentang halal harammnya menyambut hari jadi. ada blog yang mengatakan haram untuk umat islam menyambut hari jadi dengan memotong kek dan meniup lilin. kerana menurut mereka, itu adalah cara orang yahudi meraikan kemenangan mereka dalam menjatuhkan negara islam.
but then, aku ada bertanya pada ma aku, and baca beberapa blog islamik. menurut ma aku, and blog islam, seeloknya sambut hari lahir dengan kenduri doa selamat dan berpuasa. tentang haramnya memotong kek tu, wallahualam. tetapi memurut pandangan beberapa ilmuan islam, memotong kek dan meniup lilin itu tidak ada kaitan dengan harammnya menyambut hari lahir. kek yang dipotong umpama dunia islam yang terkubur dan lilin yang ditiup umpama cahaya islam yang terpadam.
semua ini tidak berkaitan dengan niat kita menyambut hari lahir. kita sendiri tahu cahaya islam adalah nur yang bukan hakiki, tetapi maknawi. Nur islam bukan lah sesuatu yang mudah dipadam seperti meniup lilin. tambahan , niat kita menyambut hari lahir adalah untuk melahirkan rasa kesyukuran, di atas kesempatan bernafas di dunia ni. sama macam kita menyambut hari ibu, kan?
till then. wassalam.