Saturday, 21 July 2012

KISAH: SOLAT TERAWIH

Assalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak. terdahulu aku menyusun ampun maaf sepuluh jari kerana sering mengabaikan blog aku yang cun melecun ni dan mengabaikan koroang gak selaku pembaca. Apa boleh buat...memang manusia sikap begitu...tapi manusia masih boleh mengubah sikap jugak..betul kan kawan-kawan...hohohohoho....

Stori mori hari ini aku nak bawak tentang solat terawih....well....umum tau yang solat terawih ni dilakukan pada bulan ramadhan sahaja....kau carik la dari bulan syawal sampai bulan syaaban....kalau kau jumpe solat terawih..aku jamin kat kau orang aku potong jari tengah aku laaa.....hahahaa. Tapi umum jugak tak berapa nak tahu sejarah sebenar solat terawih ni dan kenapa banyak sangat rakaat nak sembahyang. Untuk menjelaskannya....aku akan ceritakan serba ringkas kat kau orang sebagai kongsi ilmu dan maklumat di bulan yang mulia ini.



Terawih bermaksud "berehat-rehat" ataupun "bersenang-senang" hanya dibahaskan pada solat tersebut untuk merujuk perjalanan solatnya yang sebenarnya tidak terlalu mendesak. Erti kata lain ialah...solat terawih yang sebenar dilakukan dan diselangi dengan rehat sebentar kemudian diteruskan lagi.....begitulah erti kata sebenar terawih ni....kadang kandang kita yang tak faham sebenarnya....sebab tu ada sebahagian tempat menunaikan solat terawih dan selepas 4 rakaat diselangi dengan tazkirah pendek....ia bagi mengelakkan makmum berasa penat sebenarnya.


Pada zaman rasulullah, solat terawih dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja namun perjalanan solat terawih itu sebenarnya 1/3 malam.....(malam dikira daripada waktu maghrib sehingga azan subuh) ia boleh dibuktikan dengan hadis daripada Aisyah r.a “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.”. Namun baginda tidak mewajibkan solat tersebut seperti hadis berikut, Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” 


Namun setelah baginda wafat, amirul mukminin ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khattab telah menambahkan rakaat solat tersebut kepada 20 rakaat disudahi dengan 3 rakaat witir. Hal ini dilakukan oleh Umar kerana ijtihadnya berpendapan bahawa umat islam dizaman beliau tidak lagi keberatan menunaikan solat sunat terawih ini. Dan jumlah rakaat itu kekal sehingga sekarang....namun kenapa kita nak kejar yang 8 rakaat sahaja yang kononnya ikut sunnah (tapi lain tak ikut pun sunnah). Nabi sendiri pernah menggalakkan umatnya melebihkan amalan ketika berpuasa dibulan ramadhan...maka wajarlah kita beribadat lebih....lagi molek jika kita tambah dengan qiamulail pada waktu malam...sebab didalam 30 hari bulan ramadhan ini, adanya terdapat 1 hari yang dinamakan "LAILATUL QADR" yang darjatnya lebih dari 1000 bulan...jadi....kejarlah malam tersebut untuk kebaikan dan keberkatan dunia dan akhirat.


Rasulullah juga menceritakan bahawa solat terawih ini mempunyai kelebihan dalam hadis berikut, Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Oleh itu kawan-kawan....kita sama-sama kejar pahala dan banyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini....boleh kalau nak kejar hari raya..tapi berpada-pada lah...jangan sampai puasa pun tak cukup tapi raya nak sakan...huhu...wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....sekian.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 12 June 2012

LAPORAN KHAS: SEKITAR HIMPUNAN MENJUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA KEBAWAH DYMM SULTAN JOHOR.

Assalamualaikum w.t.b dan salam sejahtera. Terlebih dahulu aku ingin berkongsikan apa yang aku lalui semasa menghadiri perhimpunan MENJUNJUNG KASIH DAN TAAT SETIA KEBAWAH DYMM SULTAN JOHOR ini khas buat anda semua. 


Ok geng, pada 10 jun yang lalu, bertempat di Istana Pasir Pelangi, aku dan hampir 30000 rakyat jelata (anggaran) berhimpun untuk menzahirkan taat setia kepada sultan aku iaitu A'BDAKAL HARITHAH BI SYARIATIQ SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR iaitu sultan dan yang dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk johor darul takzim. Hal ini berkaitan tentang beberapa isu yang agak kepolitikan tetapi aku malas nak ulas pasal isu tu sebab jaminan aku TIADA POLITIK DALAM BLOG INI. 
ni yang dapat diambil di dataran istana, masih ramai lagi sepanjang laluan masuk istana..xsempat la nak ambik

Agak terharu rasanya bila aku berpeluang mengambil gambar dari jarak dekat walaupun hanya menggunakan camera handphone sahaja...tetapi aku masih berpeluang berdiri di posisi bersama ahli media yang lain2..(masing2 pakai DSLR dan Handycam). Dan paling menyentuh hati aku ialah baginda sendiri sebak dengan sambutan menggalakkan dari rakyat johor yang sanggup bertandang walaupun panas. Tu hal kawan x bohong laa..sebab kawan sendiri tengok der!!...Dato Noh bin Gadut pun turut menahan sebak sebab rata2 rakyat sanggup datang untuk mempertahankan AGAMA BANGSA DAN NEGARA dari terus dihenyak dan dirobek oleh pihak tak bertanggungjawab ni.
nasib baik aku sempat ambik gambar ni...sebenarnya Dato Noh Gadut tengah menangis ni tau


Suka aku nak ingatkan kepada semua tentang titah baginda yang meminta rakyat negeri baginda bersatu padu tanpa memikirkan ideologi yang berlainan. Hal ini kerana, mengambil dari kata2 Almarhum Sultan Iskandar dulu " lidi sebatang senang nak patah, lidi seikat susah nak patah". Jadi....fikirkan positif dan jangan sentiasa mencurigai antara satu sama lain.


Mengikut sejarah, Negeri Johor dan Kesultanannya amat kontroversi sekali. Jika kita melihat sejarah semula, rakyat johor pertama kali berhimpun demi raja sebenarnya bermula pada 1946 lagi dimana setelah Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur dipaksa menandatangani penubuhan Malayan Union di Istana Besar. Mengikut cerita, rakyat johor berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar bagi menggulingkan Sultan Ibrahim ketika itu dengan alasan baginda telah mengkhianati Undang Undang tubuh Negeri, tetapi mujurlah Dato Onn Jaffar ketika itu datang meredakan keadaan dan menceritakan hal sebenar agar rakyat terus mentaati Sultan selaku ketua negeri dan ketua agama. Seterusnya semasa bantahan Malayan Union di seluruh negara pada lewat 1947 (kalau xsilap) yang mana beribu ribu orang segak berpakaian serba putih dan songkok berlilit putih (berkabung) melaungkan DAULAT TUANKU! untuk menunjukkan mereka membantah Malayan Union yang memaksa Sultan menandatangani perjanjian tanpa berbincang. Pada masa ini rakyat sanggup bermati-matian untuk mempertahankan institusi beraja agar agama terpelihara, rakyat kekal sejahtera.


Berbalik pada perhimpunan tadi, sebenarnya terdapat juga provokasi yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan "sipolan" yang telah memburukkan nama sultan kita. Kes ini ialah kes ke-3 yang berlaku melibatkan sultan dan negeri. Pertama ketika Almarhum Sultan Iskandar mangkat, dimana ada pulak bloger yang memburukkan baginda...(korang tau sendiri laa), yang kedua kes dimana seorang ADUN merangkap Ahli Parlimen dan merangkap pentadbir di sebuah negeri utara menuduh bahawa "negeri johor tidak selamat untuk pelaburan", dan terbaru kes "sipolan" yang menuduh sultan memakan duit rakyat dengan membida numbor pendaftaran kereta WWW1 dengan harga tertinggi.
sempat pose ngan Dato Noh Gadut..huhu..gumbire!! kalau korang perasan kat beranda istana tu ade kereta jingga...tu la WWW1 yang dikatakan...huhu
Sebenarnya...provokasi sedemikian rasanya tidak perlu. Hal ini disebabkan kita berurusan tentang hal raja kita, maka kita hanya perlu dengar lihat dan cakap tentang raja kita sahaja...tak perlu libatkan pihak lain. Dan mujur ketika ditegur oleh pihak penganjur tentang ayat2 provokasi tersebut dan posternya sekali...mereka tidak meneruskan provokasi tersebut. Perkara ini wajar dicontohi berbanding dengan satu lagi perhimpunan 'NGO' yang kononnya membawa imej baik dan berakhir dengan begitu buruk. Tak mo la den cakap pasal apa...ekau tau sendiri je laa....

Akhirkata, biar apa mereka buat, biar apa mereka kata, biar apa mereka ucap dan bair apa mereka post kat blog mahupun tweet. AKU TETAP MENYOKONG SULTAN AKU dan aku jugak tak malu untuk mempertahankan institusi diraja johor ini. Semoga kekal sehingga keakhirnya. Amin!


DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum w.t.b



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment