Ok geng, pada 10 jun yang lalu, bertempat di Istana Pasir Pelangi, aku dan hampir 30000 rakyat jelata (anggaran) berhimpun untuk menzahirkan taat setia kepada sultan aku iaitu A'BDAKAL HARITHAH BI SYARIATIQ SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR iaitu sultan dan yang dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk johor darul takzim. Hal ini berkaitan tentang beberapa isu yang agak kepolitikan tetapi aku malas nak ulas pasal isu tu sebab jaminan aku TIADA POLITIK DALAM BLOG INI.
ni yang dapat diambil di dataran istana, masih ramai lagi sepanjang laluan masuk istana..xsempat la nak ambik
Agak terharu rasanya bila aku berpeluang mengambil gambar dari jarak dekat walaupun hanya menggunakan camera handphone sahaja...tetapi aku masih berpeluang berdiri di posisi bersama ahli media yang lain2..(masing2 pakai DSLR dan Handycam). Dan paling menyentuh hati aku ialah baginda sendiri sebak dengan sambutan menggalakkan dari rakyat johor yang sanggup bertandang walaupun panas. Tu hal kawan x bohong laa..sebab kawan sendiri tengok der!!...Dato Noh bin Gadut pun turut menahan sebak sebab rata2 rakyat sanggup datang untuk mempertahankan AGAMA BANGSA DAN NEGARA dari terus dihenyak dan dirobek oleh pihak tak bertanggungjawab ni.
nasib baik aku sempat ambik gambar ni...sebenarnya Dato Noh Gadut tengah menangis ni tau
Suka aku nak ingatkan kepada semua tentang titah baginda yang meminta rakyat negeri baginda bersatu padu tanpa memikirkan ideologi yang berlainan. Hal ini kerana, mengambil dari kata2 Almarhum Sultan Iskandar dulu " lidi sebatang senang nak patah, lidi seikat susah nak patah". Jadi....fikirkan positif dan jangan sentiasa mencurigai antara satu sama lain.
Mengikut sejarah, Negeri Johor dan Kesultanannya amat kontroversi sekali. Jika kita melihat sejarah semula, rakyat johor pertama kali berhimpun demi raja sebenarnya bermula pada 1946 lagi dimana setelah Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur dipaksa menandatangani penubuhan Malayan Union di Istana Besar. Mengikut cerita, rakyat johor berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar bagi menggulingkan Sultan Ibrahim ketika itu dengan alasan baginda telah mengkhianati Undang Undang tubuh Negeri, tetapi mujurlah Dato Onn Jaffar ketika itu datang meredakan keadaan dan menceritakan hal sebenar agar rakyat terus mentaati Sultan selaku ketua negeri dan ketua agama. Seterusnya semasa bantahan Malayan Union di seluruh negara pada lewat 1947 (kalau xsilap) yang mana beribu ribu orang segak berpakaian serba putih dan songkok berlilit putih (berkabung) melaungkan DAULAT TUANKU! untuk menunjukkan mereka membantah Malayan Union yang memaksa Sultan menandatangani perjanjian tanpa berbincang. Pada masa ini rakyat sanggup bermati-matian untuk mempertahankan institusi beraja agar agama terpelihara, rakyat kekal sejahtera.
Berbalik pada perhimpunan tadi, sebenarnya terdapat juga provokasi yang dilakukan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan "sipolan" yang telah memburukkan nama sultan kita. Kes ini ialah kes ke-3 yang berlaku melibatkan sultan dan negeri. Pertama ketika Almarhum Sultan Iskandar mangkat, dimana ada pulak bloger yang memburukkan baginda...(korang tau sendiri laa), yang kedua kes dimana seorang ADUN merangkap Ahli Parlimen dan merangkap pentadbir di sebuah negeri utara menuduh bahawa "negeri johor tidak selamat untuk pelaburan", dan terbaru kes "sipolan" yang menuduh sultan memakan duit rakyat dengan membida numbor pendaftaran kereta WWW1 dengan harga tertinggi.
sempat pose ngan Dato Noh Gadut..huhu..gumbire!! kalau korang perasan kat beranda istana tu ade kereta jingga...tu la WWW1 yang dikatakan...huhu
Sebenarnya...provokasi sedemikian rasanya tidak perlu. Hal ini disebabkan kita berurusan tentang hal raja kita, maka kita hanya perlu dengar lihat dan cakap tentang raja kita sahaja...tak perlu libatkan pihak lain. Dan mujur ketika ditegur oleh pihak penganjur tentang ayat2 provokasi tersebut dan posternya sekali...mereka tidak meneruskan provokasi tersebut. Perkara ini wajar dicontohi berbanding dengan satu lagi perhimpunan 'NGO' yang kononnya membawa imej baik dan berakhir dengan begitu buruk. Tak mo la den cakap pasal apa...ekau tau sendiri je laa....
Akhirkata, biar apa mereka buat, biar apa mereka kata, biar apa mereka ucap dan bair apa mereka post kat blog mahupun tweet. AKU TETAP MENYOKONG SULTAN AKU dan aku jugak tak malu untuk mempertahankan institusi diraja johor ini. Semoga kekal sehingga keakhirnya. Amin!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
Wabillahitaufiq wal hidayah assalamualaikum w.t.b